Sunday, November 27, 2011

Tips untuk elak anak senang sakit dan demam.

Saya nak kongsikan beberapa tips yang mudah-mudahan boleh dimanfaatkan bersama demi memastikan anak sihat, cergas dan sejahtera selalu :




1. Pastikan anak konsisten minum air kosong.
Betapa pentingnya air telah dibuktikan apabila muka bumi kita dikelilingi dengan lautan ALLAH yang sangat luas. Maka pentingnya air kepada badan kita. Untuk memastikan anak kita suka minum air, salah satunya cara ialah menyediakan air kosong di dalam cawan atau botol minuman kegemaran si kecil. Itu yang saya amalkan di rumah. Setiap sebulan, saya akan menukar cawan minum anak-anak saya supaya mereka akan kerap minum apabila melihat cawan kegemaran mereka.

2. Sediakan air yang mengandungi pro biotik seperti yogurt ,vitagen dan jenis sepertinya.
Minuman ini bagus dalam membantu penghasilan bakteria baik di dalam usus dan ia membantu kelancaran proses pembuangan.

3. Pastikan ada buah-buahan dalam menu harian. Ia wajib supaya mereka sentiasa mendapat hasiat vitamin C, serat dari buah-buahan kerana rata rata , anak-anak tidak gemar makan sayur. Pengambilan buah buahan membantu kelembapan kulit sentiasa terjaga dan ia juga membantu agar mereka tidak mengalami masalah sembelit.


4. Pastikan mereka mandi dua kali sehari atau 3 kali sehari apabila demam. Ini membantu agar badan tidak dehydrate selain membersihkan mereka dari kuman dan bakteria.

5. Berikan mereka minum air kelapa muda sekurang-kurangnya seminggu sekali walau hanya seteguk dua...ini kerana air kelapa bagus untuk proses detox...dan ia membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik.

6. Hantarkan sedekah pada anak-anak yatim atau golongan yang memerlukan, niatkan agar anak2 sejahtera, dipelihara dari sakit. Anak demam atau sakit berlarutan biasanya adalah teguran ALLAH atas rezeki yang kita ada tidak dikongsi kepada golongan yang memerlukan.


Cubalah amalkan...

Credit : Anakku Wiraku

2 comments:

  1. dah sangat menjaga tapi anak yang sulung kerap sakit...

    ReplyDelete
  2. diana..cuba tips yg ke6 tu..semoga anak sihat selalu yer..kalau diana nak cuba mealshake utk kanak pun boleh..sesuai utk anak yg selalu sakit, asma, yg susah nak makan..

    ReplyDelete