Pages

Tuesday, January 21, 2014

Demam Bengkak Susu

Bengkak susu? memang x tertanggung rasa sakitnya. Semalam buat pertama kali mama demam akibat bengkak susu, ketika usia Mikhael 57 hari. Sepanjang pengalaman menyusukan Annessa dan Mikhael, ini merupakan kali pertama mama demam akibat bengkak susu. Sebelum ni paling teruk bengkak sampai payudara keras macam batu je, x la sampai demam mengigi-gigil, lepas beberapa jam, panas giler plak badan. Nak angkat Mikhael untuk menyusukan pun x terdaya.

Punca bengkak susu


Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. 


Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. 

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

Sumber : babycenter


Cara mengatasi bengkak susu

1. Pakai coli yang sesuai.
2. Susukan bayi sekerap mungkin, 2 atau 3 jam sekali
3. Pastikan pelekapan bayi betul.
4. Mandi dengan air suam atau tuam payudara sebelum menyusukan/pam.
5. Gunakan pam untuk memerah susu atau gunakan kaedah marmet.
6. Sikat payudara bengkak menghala ke puting.
7. Meletak kubis pada payudara yang bengkak, tapi awas mungkin akan menyebabkan susu kering. 
8. Urut payudara sebelum mengepam.
9. Pengambilan suplemen Shaklee Lecithin membantu mengurangkan risiko bengkak susu dengan mencegah duktus tersumbat.

Manfaat lain Lecithin bagi ibu menyusu

1. membakar lemak berlebihan
2. menguatkan memori ibu-ibu lepas bersalin.
3. khasiat lecithin dapar disalurkan kepada bayi melalui penyusuan yang bagus untuk perkembangan otak bayi.





*************************************************************
Berminat mendapatkan produk SHAKLEE? 

Sila hubungi : Norlida 
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com 
Shaklee ID : 830463 
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

No comments:

Post a Comment