Pages

Friday, April 25, 2014

Terima kasih suamiku!!

Teruja menonton video Mascel Master Azrin pada sabtu lepas. Kata beliau, disebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya, tetapi disebalik kejayaan seorang wanita, ada seorang lelaki di sebelahnya, bukan di depan, bukan di belakang, bukan di atas dan bukan juga di bawah, tapi disebelah.


Ya , yang selalu berada di sebelah saya, sejak saya memulakan langkah Shaklee , adalah suami saya. 



Terima kasih di atas setiap hmm, ok, oh, anggukan, gelengan, 'kenapa tak macam tu?' 'kenapa tak macam ni' dan setiap respon dan non respond abang setiap kali sayang bercerita pasal Shaklee. 

Setiap kali cuti, memang abgla yang akan jadi posmen, despatch, driver untuk deliver, pick up  brg2 shaklee, abg jugak sanggup tlg jaga anak-anak kita tu bila sayang nk join apa2 class berkaitan Shaklee. 

Terima kasih abang..and I love u so much!!





Dan saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada upline saya PM Norita Idris dan suami PM Naquib Hussain. Terima kasih kerana membuka mata seorang surirumah yang akhirnya mampu memiliki income sendiri walaupun hanya dari rumah. Walaupun perjalanan ini masih jauh,tapi keazaman untuk berjaya seperti mereka berdua tidak pernah luntur.

Jika anda berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan atau anda surirumah yang ingin ada duit poket sendiri, jom sertai kami! Hubungi saya di talian 012-376 7589 sekarang!!



*************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *








Saturday, April 19, 2014

Shaklee Kuantan : Kalsium & Kehamilan

Petikan dr babycenter

Why you need calcium during pregnancy

When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on.


Inilah kepentingan kalsium kepada ibu2 hamil. Kalau kita tak mendapatkan kalsium yg mencukupi utk perkembangan bayi, tubuh akan mengambil kalsium dari tulang kita dan akan menyebabkan osteoporosis.

Wanita hamil memerlukan 1000mg - 1300mg kalsium sehari, 1 tablet Shaklee Ostematrix (kalsium) mengandungi 250mg kalsium. Sekiranya anda tidak langsung mengambil susu dlm diet harian anda, anda memerlukan 4 tablet sehari. Pengambilan Ostematrix boleh dikurangkan sekiranya anda ada mengambil susu setiap hari. Ostematrix tidak mengandungi plumbum(lead) yang boleh menjejaskan perkembangan bayi. Bagi mereka yg alah dengan bahan tenusu, Ostematrix adalah jawapannya.


Dulu mase mengandungkan Annessa, doc pesan soh minum susu hari2, 2x sehari, mase tu doc siap bg sample susu A***m M*t*rn*. Sbb 1 st time pregnant kan, doc plak advise.. so minum la 2x sehari.. bile check up je berat kompem naik about 4kilo per months.. bile dah bulan ke 3 naik mendadak mcm tu kalau x silap, doc tny ade minum susu ke? sy jwb la ade... minum susu sample yg doc bg tu la.. then doc kate lps ni awk minum sekali je sehari, sbb susu tu byk gula.. Alhamdulillah la berat naik mendadak tu x menyebabkan kene penyakit2 lain mcm diabetes yg mudah menyerang pregnant lady.


Kalsium dalam bentuk serbuk mengandungi kandungan gula yang tinggi, Jadi adalah lebih selamat bertukar kepada supplemen kalsium yang diyakini sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam, pilihan saya semestinya Shaklee Ostematrix.

Shaklee Ostematrix di lengkapi dengan kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink yang saling melengkapi satu sama lain. 1000mg kalsium yang mudah diserap, 400mg magnesium yang membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya, 400 IU vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium, boron membantu dalam metabolisma tulangm mangan, tembaga & zink mengaktifkan enzim yang membantu  dalam pembinaan kepadatan tulang.


Selain itu supplemen yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:

  • Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
  • OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,
  • OmegaGuard (baik utk perkembangan otak bayi)


Sekiranya badan selalu lemah dan tidak bertenaga, anda boleh menambah
  • Energizing Soy Protein


*************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Thursday, April 17, 2014

Shaklee Kuantan : Set Penyusuan Kegemaran Saya.

Saya berkenalan dengan Shaklee melalui Alfalfa, dari sini menjurus kepada set penyusuan yang sangat glamor iaitu set penyusuan Shaklee. Bermula dengan vitalea, b complex, vita c, alfalfa dan tambahan zinc. Ketika itu saya sedang menantikan kelahiran kakak annessa. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, vitamin yang sama saya amalkan dengan tambahan ESP dan ostematrix.

Mengapa saya pilih untuk mengamalkan vitamin-vitamin ini, kerana saya tidak mampu ambil makanan seimbang setiap hari. Jadi saya amalkan supplemen untuk mengisi kekosongan nutrisi yang saya tidak dapat melalui pemakanan harian saya.

Sebelum itu, saya nak kongsikan perkara yang sangat-sangat membantu dalam menjayakan penyusuan susuibu.

(1) Pastikan anda menyusukan bayi atau pam setiap 2-3 jam sekali (konsep supply and demand)

(2) Minum air masak minimum 3 liter sehari.

(3) Memastikan pemakanan seimbang setiap hari

(4) Pastikan anda tau teknik power pumping

(5) Mengamalkan zikir dan sentiasa bertenang



Mari kita lihat kepentingan setiap jenis vitamin ini untuk memastikan penyusuan susuibu berjalan lancar:-


ESP : membentuk dan membaiki  sel dalam tubuh. ESP merupakan protein lengkap yang diperlukan oleh tubuh dan komposisi utama susuibu itu sendiri adalah protein. 

Vitalea with iron formula : Mengandungi nutrient lengkap dengan zat dan galianyang diperlukan oleh tubuh, kekurangan iron boleh menyebabkan ibu rasa mudah nak pitam dan sakit kepala selepas menyusukan bayi.

B-complex : Merupakan vitamin yang penting dalam pembinaan darah. Terkenal sebagai vitamin penenang, dan membantu ibu lebih bertenaga dan tidak moody.

Vita C : Asas kepada pertahanan badan, menguatkansistem imun badan dan membantu ibu mengawal tekanan dan membantu bayi agar lebih sihat.

Ostematrix : merupakan kalsium yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium. Menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi, sangat penting untuk pembinaan darah, sistem saraf dan pembentukan  tulang dan gigi.

Alfalfa : Merupakan tumbuhan yang kaya dengan protein dan zat galian. Bertindak sebagai penggalak susu bagi ibu yang menyusukan anak. Alfalfa tergolong dalam golongan herba, jadi pengambilan alfalfa memerlukan pengambilan air yang banyak. Bagi bayi yang disahkan G6PD , adalah tidak sesuai bagi ibu untuk mengambil alfalfa kerana alfalfa mengandungi vitamin K .



Bagi ibu-ibu baru, pastikan anda mendapatkan konsultasi mengenai vitamin yang boleh membantu anda menjayakan penyusuan untuk si manja anda dari pengedar anda.




*************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Wednesday, April 16, 2014

Shaklee Kuantan : Masalah keguguran rambut selepas bersalin? Atasinya dengan vitamin Shaklee!!

Aduhai, stress betul bila melihat lantai di penuhi dengan rambut yang gugur.. sehari tak tau berapa kali nak kena sapu.

Mungkin ini antara rungutan kita setiap hari. Apa sebenarnya yang menjadi punca kepada masalah rambut gugur ini? Ketidakseimbangan hormom estrogen terutamanya bagi wanita lepas bersalin menjadi punca kepada masalah rambut gugur ini. 

Ini juga yang saya alami, selepas melahirkan annessa, hormon saya sangat seimbang, sehinggakan lepas kelahiran, rambut yang dahulunya sering gugur, kini tiada lagi. Tapi lepas kelahiran mikhael, rambut saya kembali gugur, kalau nak dibandingkan annessa dan mikhael, annessa memang takde  main-main dengan air liur, tak macam si adik yang sangat pandai main air liur sampai menyembur-nyembur. Bila di fikir-fikir balik, mungkin ade benarnya, kata orang tua-tua, anak menyembur air liur ni sebagai penanda yang kita mengalami ketidakstabilan hormon.




Untuk mengurangkan masalah rambut gugur ni, saya cuba amalkan dengan konsisten pengambilan ESP, b complex, zinc dan vitamin C.



ESP : rambut di bina dari protein

B complex : mengurangkan tekanan, mengelakkan rambut gugur dan beruban

Zinc : menguatkan shaf rambut

Vitamin C : membantu meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala

Selain itu, penggunaan Set Prosante Hair Care turut membantu masalah rambut gugur, keberkesanan set ni akan saya kongsikan setelah saya mengalaminya nanti ;)








*****************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE? 

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

Tuesday, April 15, 2014

Shaklee Kuantan : Surirumah?? tapi gaji 4 angka!!

Mula-mula saya ambil keputusan berhenti kerja dulu, memang dalam kepala fikir sebab nk berada dekat dengan suami dan boleh jaga anak sendiri, Kebetulan masa tu suami dapat tawaran sambung belajar setahun, jadi setahun la dapat tengok muka suami hari-hari ^__^. 

Masa tu tak fikir lagi yang Shaklee boleh bagi duit poket walaupun saya tak bekerja, sampailah dah balik semula ke Kuantan, suami pun dah mula belayar semula pun masih tak sedar diri lagi jugak. Betapa banyaknya masa saya dah buang kan.

Tapi sejak setahun lepas, setelah bertukun lamanya tak bergerak ( tak naik-naik rank) saya bangkit dengan semangat baru tahun ni. Alhamdulillah cycle baru 2014/2015 menampakkan perubahan yang mendadak. Sampaikan semalam (hari gaji Shaklee) saya bagi ibu sikit duit belanja dan seperti biasa ibu akan menolak , saya cakap " ibu ambillah, bulan ni saya dapat lebih dari sebelum ni'. Boleh nampak riak wajah ibu berubah, tapi saya rasa gembira dapat beri walaupun sedikit duit belanja untuk Ibu. In Sha Allah Allah murahkan rezeki saya supaya boleh  beri lebih lagi untuk ibu selepas ini.

Hakikatnya masa saya berhenti kerja dahulu, suami memang tiada masalah kalau saya tak bekerja, tetapi ibu dan ayah berasa sedikit kecewa, sebab dah hantar anak belajar tinggi-tinggi, tapi saya pilih untuk jadi surirumah. Saya tak pernah kesal dengan pilihan saya, dan rasa bersyukur sangat ditemukan dengan Puan Norita Idris, dia yang memperkenalkan saya dengan dunia Shaklee. Sekarang ni impian saya nakkan 'financial freedom' dan bantu lebih ramai surirumah atau wanita yang berkerja yang ingin menjadi surirumah yang berpendapatan 4, 5 angka  atau pun lebih lagi,

YANG PENTING KITA PERLU JELAS DENGAN APA YANG KITA INGINKAN.

Kepada anak-anak buah saya yang masih tidur, masih selesa dengan keadaan anda sekarang, bangkitlah, terutama bagi yang memamg tak bekerja yang hanya mengharapkan suami, fikirlah, renunglah, adakah suami kita mampu terus bagi kita duit seandainya berlaku apa-apa yang tak kita ingini Nauzubillah, minta Allah jauhkan kita semua dari perkara sedemikian, tapi setidak-tidaknya kita bersedia. Lihatlah anak-anak yang sedang membesar yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk anda tidak berusaha untuk bangkit tapi jadikan mereka sebagai 'push factor' anda!!


Bagi anda yang belum menyertai kami, dan ingin menyertai kami, jangan tunggu-tunggu lagi, tapi bertindaklah! Sesungguhnya masa tidak penah menunggu kita, tapi kitalah yang harus mengejar masa.  



                  




*****************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

Shaklee Kuantan : 7 kebaikan Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ni  nak bercerita tentang vitamin E Shaklee. Vitamin E merupakan antara vitamin yang saya amalkan untuk dalam dan luaran. Sinonim orang akan mengaitkan vitamin E dengan kecantikan kulit. 

Tahukah anda sebiji vitamin E bersamaan 8kg bayam, 500ml minyak bunga matahari, 1kg benih gandum dan 500g badam.



Memandangkan keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang ni, keadaan siku kakak annessa pun turut sama menjadi kering, nak pulak budak-budak susah nak dengar pesanan bila kita suruh minum air lebih, nampak kita minum baru la dia pun sibuk nak minum. Akibat kulit menjadi kering, ditambah pula dengan selalu menggaru mengakibatkan luka dan rasa gatal. Bila dah mula menggaru tu, geram je la tengok kan..Bila teringat ade stok vitamin E kat rumah, kenapa x cuba sapukan dengan vitamin E, sekarang nampaknya luka semakin baik, Alhamdulillah.



Sekarang meh nak kongsikan antara 7 kebaikan vitamin E jika diamalkan secara konsisten :-

(1) Anti Penuaan

Sememangnya vitamin E sinonim dengan kecantikan, vitamin E juga merupakan vitamin anti oksidan yang melambatkan proses penuaan. Bagi yang mengalami masalah kulit muka berparut dan berjeragat, anda boleh amalkan vitamin E untuk mendapatkan kulit yang sekata, cantik berseri dari dalam

(2) Mencegah pertumbuhan abnormal sel

Vitamin E mencegah sebarang pertumbuhan abnormal sel termasuk kanser. Pengambilan vitamin E membantu mengecutkan sel abnormal dan melancarkan saraf.

(3) Masalah kedinginan

Ibu menyusu mempunyai hormon prolaktin yang lebih tinggi berbanding hormon estrogen dan ini membawa kepada masalah kedinginan.Pengambilan vitamin E dapat membantu masalah masalah kedinginan tersebut, dan kerana itulah vitamin E lebih dikenali dengan vitamin cinta!

(4) Melancarkan pengaliran darah

Vitamin E membantu pengaliran darah lebih lancar. Bagi mereka yang mengalami masalah sakit belakang pengambilan vitamin E dapat mengurangkan rasa sakit tersebut.

(5) Mempercepat proses baik pulih luka

Vitamin E sangat-sangat membantu ibu yang mengalami masalah puting susu melecet, Luka akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan vitamin E secara konsisten.

(6) Mencerahkan aerola

Tahu tak anda bonus bagi ibu yang melahirkan, semakin banyak kelahiran semakin hitam dan besar kawasan aerola anda. Apa yang berlaku merupakan pigmentasi selepas kelahiran. Pengambilan vitamin E secara konsisten boleh membantu mencerahkan semula kawasan aerola anda.

(7) Sakit ketika haid

Pengambilan vitamin E membantu mengurangkan kesakitan sewaktu haid.



Ini sebahagian daripada kebaikan vitamin E yang dapat saya kongsikan. Sehingga ke hari ini saya masih lagi mengamalkan pengambilan vitamin E. Mungkin anda pun ada testimoni berkaitan vitamin E yang boleh dikongsikan bersama.





*****************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

Friday, April 11, 2014

Shaklee Kuantan : Zinc Complex, kenapa perlu di ambil sebelum makan?

Ada yang bertanya, kenapa perlu ambil zinc sebelum makan, ade beza ke ambil sebelum makan dengan ambil selepas makan? Jawapannya tentulah ADA beza, kalau tidak takkan lah pada botol pun ditulis ambil sebelum makan kan..?

Ini jawapan kepada soalan tadi :-

* Dalam proses pencernaan normal, zinc boleh musnah atau terkeluar atau terikat dengan bahan lain

* Makanan yang kita makan seperti susu, roti dan bijirin lain mengandungi phytates. PHYTATES ini akan mengikat zinc yang kita ambil dan menggangu penyerapan zinc dalam badan kita

* Sebagai contoh, kalau kita ambil susu bersama roti, phytates ini akan menjadi lebih aktif menyerap zinc, jadi bioavailibitity zinc ini akan semakin menurun, dan rugi la zinc yang kita ambil tadi.

* Perut kita mengandungi asid, asid dalam perut kita ini yang berfungsi melarutkan zinc yang kita ambil dalam keadaan perut kita kosong dan dengan mudah nutrisi zinc dapat di serap oleh tubuh kita.

Masa terbaik untuk pengambilan zinc ialah antara setengah jam ke sejam sebelum kita makan untuk penyerapan secara optimum.



*****************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE? 

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

Thursday, April 10, 2014

Shaklee Kuantan: Ostematrix! Saya mesti pilih!!

Ostematrix, bukan sekadar kalsium biasa.

Ini memang tagline ostematrix atau bahasa lainnya lebih dikenali dengan kalsium yang dilengkapi dengan vit D dan magnesium.

Kenapa ya saya pilih Ostematrix ni?

1. Saya suka sebab bila saya ambil 4 biji sebelum tidur, esok pagi saya lebih senang bangun dan bersemangat.

2. Saya suka sebab lebih mudah, hanya dengan 4 biji Ostematrix, dah memenuhi keperluan kalsium harian saya.

3. Saya lebih suka ambil bersama lecithin pada waktu malam, esok paginya memang sangat selesa selepas ke tandas

4. Saya suka sebab tiada lagi kebas kaki walaupun saya hidupkan penyaman udara semasa tidur.

5. Saya suka sebab tumit kaki saya lebih elok dengan pengambilan bersama ESP.

6. Saya suka sebab anak saya yangberumur 4 bulan sedang menyusu badan lebih tegap badannya.

7. Saya suka sebab kurang sudah sakit-sakit badan.

8. Saya suka sebab semasa saya mengandung anak kedua, saya kurang mengalami simpul biawak berbanding anak pertama.

9. Saya suka sebab Ostematrix membantu saya menjayakan penyusuan susuibu bagi kedua-dua anak saya.

10. Saya suka sebab Ostematrix membantu mengawal tekanan darah saya ( dahulunya saya seorang yang sering mengalami tekanan darah rendah)


ini antara 10 sebab saya memilih Ostematrix,bagaimana dengan anda, jom kongsikan.. 



tahukah anda ???




Kepada yang masih belum mencuba, inilah peluaang terbaik anda, setiap pembelian 6 botol ostematrix, anda akan mendapat sebotol secara percuma. Jika anda mahukan penjimatan berganda, mendaftarlah sebagai ahli Shaklee dan nikmati kelebihan yang Shaklee tawarkan.


*****************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

Friday, April 4, 2014

30 Fadhilat Selawat, Jom amalkan!

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

credit :Perekacerita


*****************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *