Pages

Tuesday, November 4, 2014

Happy birthday dear husband!

 4 Nov merupakan tarikh yang amat bermakna bagi si dia. Tarikh di mana si dia menyambut ulangtahunnya.

Alhamdulillah, tahun ini pada hari ulangtahun si dia, kami dapat bersama. Si dia baru sahaja 'sign off' hari' ini. Melihat si dia melangkah masuk ke pagar rumah kami.. si kecil Annas Mikhael sudah berlarian ke pintu. Apabila si dia melangkah masuk, Annas Mikhael menyuakan tangan minta di dukung. Si kakak, Annessa Humayra pula agak terkejut, melihat kepulangan si dia secara tiba-tiba. Maklum sahajalah, Annessa Humayra kebetulan baru sahaja bertanya.."mama, papa balik hari ni ke esok?". Sejak semalam lagi soalan yang sama diutarakan. Malu-malu pula bila si dia menyapa si kakak.

Meskipun tiada sambutan yang istimewa, namun ianya sesuatu yang indah apabila dapat bersama yang tersayang pada tarikh-tarikh yang penting sebegini. 




" Terima kasih Ya Allah, Semoga Engkau sentiasa melimpahkan rahmatMu kepada suamiku. Semoga Engkau sentiasa memberikan suamiku kesihatan yang baik dan kurniakanlah kejayaan buat suamiku di dunia dan di akhirat. Semoga Engkau kekalkan hubungan kami suami isteri sehingga ke SyurgaMu, Ya Allah. "




Anda ingin mendapatkan produk Shaklee?? Sila hubungi saya melalui talian seperti di bawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

1 comment:

  1. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete