.:love is all around eventhough you're not around:.
Pages
▼
Sunday, November 2, 2014
Resepi Congo Bars
Hari ini nak tukar topik ..cite pasal resepi plak..berhajat betul nak cuba buat sendiri congo bars ni, masih tak berkesempatan. Tapi takpe, saya kongsikan dulu resepinya yang saya google je. Credit to Dik An's
Resepi Congo Bars
Bahan-Bahan
150 gm butter
315 gm tepung gandum
1/2 sk garam
2 1/2 sk baking powder
320 gm gula perang
3 biji telur
1 sk esen vanila
250 gm chocolate chips
250 gm badam cincang
250 gm walnut
50 gm kepingan badam
Cara-caranya :
1. Ayak tepung gandum, garam dan baking powder. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula perang sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gula perang dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanilla.
5. Masukkan bahan ayak tadi sikit demi sedikit dan gaul sebati.
6. Masukkan chocolate chips, badam cincang dan walnut, gaul sebati.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 13 x 9 yang telah dileser dengan butter dan ratakan.
8. Taburkan chocolate chips dan kepingan badam di atas adunan tadi.
9. Bakar pada suhu 160-170 darjah celcius selama 30 minit.
10. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong.
tak sabar nak cuba buat sendiri !
Anda ingin mendapatkan produk Shaklee? Sila hubungi saya melalui talian seperti di bawah.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *
Nampak menyelerakan dan resepinya pun simple Norlida. Jom buat!!.
ReplyDeletememang sedap, saya dah cuba makan..cuba buat je belum lagi ;)
ReplyDelete