Showing posts with label NUTRIFERON. Show all posts
Showing posts with label NUTRIFERON. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Panadol & Ponstan vs Vita C & Nutriferon

Seringkali apabila sakit, kita senang mengambil panadol..tetapi jika panadol tidak dapat membantu menghilangkan sakit tersebut, kita upgrade sket, dengan menganbil ponstan..

Dalam dunia supplemen, bagi mereka yg sakit, mereka mencari vitamin C..tetapi jika badan sudah imun dengan vitamin c..booster yg terbaik untuk imun ialah Nutriferon.


Siapa yang memerlukan Nutriferon??

1. Mereka yang sering sakit dan lambat sembuh.
2. Ibu yang menyusukan anaknya.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang kerap melancong(travel) dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang selalu tertekan.
6. Mereka yang terdedah kepada bahaya penyakit.
7. Mereka yang tidak boleh telan pil (Nutriferon adalah dalam bentuk serbuk)
8. Mereka yang tidak suka makan banyak vitamin anti oksidan (ACE), boleh menggantikan dengan Nutriferon.
9. Mereka yang ada masalah allergi.

Apakah fungsi Nutriferon??

Nutriferon membantu menggalakkan peningkatan tahap imun bagi seseorang. Bagi mereka yang ingin kekal sihat, sepeket Nutriferon seminggu sudah memadai untuk mengekalkan kesihatan pada tahap optimum.


Seorang ibu yang mengalami jangkitan paru2 akibat batuk dan selsema teruk selama 3 minggu sangat berpuashati setelah mengambil nutriferon selang 3 hari dengan pengambilan vitamin multivitamin, B complex dan Vitamin C. Ibu mensarankan agar beliau cuma mengambil nutriferon bila perlu sahaja.


Baru2 ini seorang customer ibu , seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur... cikgu Nani. Beliau mengadu dengan ibu bahawa anaknya telah mendapat selsema dan berlarutan melebihi seminggu iaitu 9-10 hari . Ibu mana yang tidak risau apabila anaknya sakit dan lambat beransur baik? Maka oleh kerana pengambilan 2 biji vitamin C sehari tidak memberi kesan ke atas anaknya maka ibu menyarankan cikgu Nani mengambil Nutriferon as "immune boster". Alhamdulillah setelah mengambil 2 peket , selsema anaknya reda. Seandainya seorang ibu itu mengambil sepeket Nutriferon maka pengambilan vitamin lain boleh diabaikan pada hari tersebut.


Saya mengenali seorang teman ini melalui dunia blog juga. Beliau meminta konsultasi mengenai penyakit yang beliau hadapi. Beliau mengidap resdung, maka kesannya wajahnya berjerawat dan mempunyai masalah kudis berair di kaki beliau. Beliau terpaksa memakai stokin ke pejabat bagi memastikan kakinya tidak kelihatan sakit yang ketara. Banyak produk yang telah beliau cuba namun tidak berhasil.
Beliau mula mendapatkan produk Shaklee pada penghujung bulan Mei yang lalu. Beliau mula consume dengan sangat berhemah mula pada bulan Jun. Saya menyediakan beliau jadual pemakanan agar pengambilan supplement beliau teratur dan dapat melihat kesan mengikut hari yang saya nyatakan.Beliau mula mengambil ACE, ESP, zinc, herb lax, ostematrix, alfalfa dan vitalea.
Setelah sebulan beliau mula merasa berpuashati... walaupun pada dasarnya kulit badan kita memerlukan 90 hari untuk benar2 recover tetapi tubuh beliau mula menunjukan kesan yang sangat positif.
Lumrah manusia biasa, andai bagus jika dapat cepat recover dari sakit yang dihidapi. Maka saya mengesyorkan beliau mengambil nutriferon. Mengapa sedemikian? Ini kerana nutriferon adalah berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Setelah beliau mengambil 3 sachet nutriferon, kudis kakinya yang berair terus kering dengan sangat cepat. Beliau sangat gembira dan menelefon saya semalam untuk memaklumkan perkara ini.
Buat temanku ini, seandainya dirimu membaca kisah ini, apa yang mampu ku lafazkan terima kasih atas kepercayaan yang dikau berikan pada kami ( ibu dan abah Addinnasa) serta terima kasih atas kesabaranmu untuk melalui proses pemulihan. Alhamdulillah syukur pada Allah.


rabu lepas, saya hantar ziqri seperti biasa di nursery.. sihat jek..
tapi bl amik dia petang, badan dia panas.. pengasuh kata dia ader muntah gak sekali..
sampai jek dirumah, letak semua barang, saya cari Nutriferon dan minum..
terus saya join ziqri baring dan nyusukan dia..
alhamdulillah xlama pastue, siap jek minum terus ziqri bangun nak main
badan dia pun dah kurang panasnya..
saya cter ngan suami ziqri demam tadi, dia xpercaya sebab tgk anak cergas semacam jek

esoknya (khamis) pergi nursery mcm biasa
sekali lagi, petang saya nak amik ziqri,
badan dia panas semula.. kali nie mmg nampak dia demam.. muka merah, mata merah, badan pun lemah jek... pengasuh kata mmg ade dua tiga orang bayi lain yg deman gak.. saya da mula risau.. nak kena cuti ke esok erk.. sbb dua ari da ziqri on off demam..
sama seperti semalam, sampai jek dirumah saya terus minum Nutriferon dan terus nyusukan ziqri.. sebelum tue saya test tengok suhu badan ziqri 39.. memang panas.. lama gak ziqri nyusu ngan saya sampai dia terlena

Alhamdulillah..
sebelum maghrib gitu, ziqri celik n terus merangkak bermain ngan mainan dia.. nampak cergas dan cergas sampai abis satu umah dia 'kemas'.. kalau ader kawan² fb saya perasan,mlm tue ade saya upload ziqri sedang 'mengemas' n status fb saya pun kisah ziqri yg rajin 'mengemas'..
dah puas 'mengemas', dia sibuk main kat tangga plak. anak dah sihat, saya plak yg kena telan b complex untuk tambah tenaga mengejar dia..
hehehe


**************************************

Kepada mereka yang ingin mencuba Nutriferon, sy turut menyediakan pek mini Nutriferon (10 sachet). Tapi sekiranya anda mempunyai bajet lebih, boleh dapatkan fullpack Nutriferon ini dengan harga istimewa!


Berminat??Sila emelkan ke norlida.mohdkamaruzaman@yahoo.com @ SMS ke 012-376 7589.


Monday, October 10, 2011

Info tentang NutriFeron™ (Immune Booster)


Details :
Servings per Container : 30 sticks (1.2 gram each).
Retail Price : RM 181.25

Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Credit : Shaklee Malaysia


**Berminat untuk mencuba? Boleh emailkan ke phat_nemo@yahoo.com @ SMS ke 012-376 7589

Saturday, July 3, 2010

Set Penyusuan Shaklee

Bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak dengan jayanya, 2 perkara yang mesti sentiasa di ingat :-
(1) Supplements BUKAN ubat. Supplements BUKAN milk booster.
Supplements ialah pemakanan tambahan, yakni makanan kepada sel badan.
(2) Konsep “demand vs supply” dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap anda kosongkan payudara, samaada melalui penyususan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu anda. Supplements hanyalah “pembantu” kepada proses “demand vs supply” ini.

Ok, meh tengok set apa yang dicadangkan untuk membantu penyusuan susu ibu ni :-
(1) Alfalfa Set (Basic).
  • Vita-Lea Iron fortified
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
* 30 days Trial Pack Alfalfa set : rm80 (Trial Pack B)
* Full Pack Alfalfa set : rm241

(2) Alfalfa Set with OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • OsteMatrix
* 30 days Trial Pack OsteMatrix set : rm140 (Trial Pack E)
* Full Pack OsteMatrix set : rm290

(3) Alfalfa Set with Energizing Soy Protein (ESP).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
* 30 days Trial Pack Alfalfa set with ESP : rm211
* Full Pack Alfalfa set with ESP : rm362
(4) Alfalfa Set, with Protein and Performance Drink.
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Performance Drink
* 30 days Trial Pack Alfalfa set with ESP & Performance Drink : rm277
* Full Pack Alfalfa set with ESP : rm428

Khasiat bagi setiap vitamin yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

Vita-Lea Iron Fortified (multivitamin) :
Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.
B-Complex :
Penting bagi ubat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah.
Vitamin C :
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.
Alfafa :
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).
Energizing Soy Protein (ESP) :
Seperti namanya – ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tu, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh la minum segelas ESP.
Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.
Performance Drinks :
Memberi dan mengekalkan tenaga, mengelakkan ibu dehidrasi, dan sangat membantu ibu berpuasa sambil menyusu. Jika ada sesiapa di antara ahli keluarga anda yang demam, berikan segelas Performance Drink kepadanya. Insya Allah, badan tidak akan dehidrasi, dan rasa lebih bertenaga walaupun demam.
Ostematrix :
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.
Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.
Nuriferon:
Lain-lain yang turut membantu menjayakan penyususan ialah Nutriferon (Shaklee powerful Immune Booster). Ianya bukanlah membantu memperbanyakkan susu, sebaliknya membantu untuk boost semula sistem imun ibu dan bayi. Jika anda menyusu, namun masih mendapati anak anda kerap demam dan berpanjangan, cubalah Shaklee NutriFeron ini.

Untuk mereka yang ingin mencuba, boleh dapatkan set penyusuan ini melalui saya (012-3767589 @ phat_nemo[]yahoo.com), atau terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda. (sila hubungi saya untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian sendiri di mana-mana cawangan Shaklee).

**Source : GenkiMomma