Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts
Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Shaklee Kuantan : Set Penyusuan Kegemaran Saya.

Saya berkenalan dengan Shaklee melalui Alfalfa, dari sini menjurus kepada set penyusuan yang sangat glamor iaitu set penyusuan Shaklee. Bermula dengan vitalea, b complex, vita c, alfalfa dan tambahan zinc. Ketika itu saya sedang menantikan kelahiran kakak annessa. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, vitamin yang sama saya amalkan dengan tambahan ESP dan ostematrix.

Mengapa saya pilih untuk mengamalkan vitamin-vitamin ini, kerana saya tidak mampu ambil makanan seimbang setiap hari. Jadi saya amalkan supplemen untuk mengisi kekosongan nutrisi yang saya tidak dapat melalui pemakanan harian saya.

Sebelum itu, saya nak kongsikan perkara yang sangat-sangat membantu dalam menjayakan penyusuan susuibu.

(1) Pastikan anda menyusukan bayi atau pam setiap 2-3 jam sekali (konsep supply and demand)

(2) Minum air masak minimum 3 liter sehari.

(3) Memastikan pemakanan seimbang setiap hari

(4) Pastikan anda tau teknik power pumping

(5) Mengamalkan zikir dan sentiasa bertenang



Mari kita lihat kepentingan setiap jenis vitamin ini untuk memastikan penyusuan susuibu berjalan lancar:-


ESP : membentuk dan membaiki  sel dalam tubuh. ESP merupakan protein lengkap yang diperlukan oleh tubuh dan komposisi utama susuibu itu sendiri adalah protein. 

Vitalea with iron formula : Mengandungi nutrient lengkap dengan zat dan galianyang diperlukan oleh tubuh, kekurangan iron boleh menyebabkan ibu rasa mudah nak pitam dan sakit kepala selepas menyusukan bayi.

B-complex : Merupakan vitamin yang penting dalam pembinaan darah. Terkenal sebagai vitamin penenang, dan membantu ibu lebih bertenaga dan tidak moody.

Vita C : Asas kepada pertahanan badan, menguatkansistem imun badan dan membantu ibu mengawal tekanan dan membantu bayi agar lebih sihat.

Ostematrix : merupakan kalsium yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium. Menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi, sangat penting untuk pembinaan darah, sistem saraf dan pembentukan  tulang dan gigi.

Alfalfa : Merupakan tumbuhan yang kaya dengan protein dan zat galian. Bertindak sebagai penggalak susu bagi ibu yang menyusukan anak. Alfalfa tergolong dalam golongan herba, jadi pengambilan alfalfa memerlukan pengambilan air yang banyak. Bagi bayi yang disahkan G6PD , adalah tidak sesuai bagi ibu untuk mengambil alfalfa kerana alfalfa mengandungi vitamin K .



Bagi ibu-ibu baru, pastikan anda mendapatkan konsultasi mengenai vitamin yang boleh membantu anda menjayakan penyusuan untuk si manja anda dari pengedar anda.




*************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Tuesday, April 1, 2014

Shaklee Kuantan : Promosi April 2014...Ostematrix!!

Jika anda mudah tertekan, mudah kejang, sembelit, mengalami masalah pra-haid, mengalami masalah water retention, anda perlukan OSTEMATRIX.

Jika anda sering keletihan , OSTEMATRIX bantu anda kekal bertenaga dan bersemangat.

Jika anda ibu mengandung , OSTEMATRIX bantu anda mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda ibu menyusu, OSTEMATRIX bantu pengeluaran susu anda dengan syarat konsep penyusuan dipatuhi.

Jika anda seorang wanita, OSTEMATRIX membantu mengurangkan risiko kerapuhan tulang(osteoporosis).


Jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan, OSTEMATRIX sangat diperlukan demi memastikan kepadatan tulang anda mampu menampung berat badan anda. 




*****************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

Wednesday, March 19, 2014

Shaklee Kuantan : Jatuh cinta dengan ESP!!

saya mmg sukakan soya sebelum kenal Shaklee lagi. kalau dahulu, asal pergi ke pasar mlm mesti saya akan beli secawan soya, tapi sejak kenal dengan ESP ni, mmg saya tak pernah dah beli soya di pasar malam. 

apa yang istimewanya soya shaklee ni sampai saya tak beli dah soya lain di pasaran? 

pagi2 sebelum breakfast, sy suka ambil ESP yang dibancuh dengan air masak, rasanya sangat sedap, kalau dah minum ESP ni, cukup dengan biskut atau roti sahaja utk sarapan dan boleh bertahan hingga ke tengah hari.

saya suka ESP ni sbb saya suka makan lewat malam kalau suami saya ada di rumah.. bila anak-anak dah tido baru la leh nak dating walaupun masih kena angkut mereka, setidaknya kami boleh berbual dengan tenang masa ni.. apa kaitan ESP ni pulak dengan supper tadi?? ESP membantu saya mengawal paras gula dalam darah, G.I nya yang rendah membantu mengawal berat badan saya.

apa lagi yang saya suka tentang ESP ni ya.. Saya suka ESP sbb bila minum ESP, rambut saya kurang gugur dan tumit saya dah kurang merekah. ESP membantu membina sel-sel yang sihat. satu lagi tentang ESP yang paling saya suka, sejak minum ESP kulit muka saya dah kurang berminyak..kalau dulu nak goreng telur pun boleh kot ;p

berkaitan penyusuan pula, ESP membantu saya menjayakan penyusuan susuibu untuk Annessa Humayra, hingga lebih 3 tahun, sekarang saya sedang menyusukan Annas Mikhael yang menghampiri 4 bulan. Moga Allah mudahkan perjalanan penyusuan Annas Mikhael hingga 2 tahun.


sempena bulan ESP ni jom ambil set promosi ESP beli 6 percuma 1, anda boleh hadiahkan ESP kepada ibu, adik, kakak, kawan baik anda..hanya pada bulan Mac 2014 sahaja!!



setiap pembelian set promosi ESP , anda layak menerima

## satu canister ESP percuma
## keahlian Shaklee percuma seumur hidup
## bonus tunai

jangan tunggu-tunggu lagi, nanti anda yang rugi ^____^



********************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

Wednesday, February 5, 2014

Penyusuan Susuibu Secara Ekslusif

Alhamdulillah syukur kerana telah diberi sekali lagi peluang untuk memberi Annas Mikhael yang terbaik, iaitu susuibu. Sebelum ini, kakak Annessa Humayra pun telah berjaya dengan penyusuan susuibu lebih dari 2 tahun. Semoga Allah mudahkan jalan penyusuan susuibu bagi Annas Mikhael pula ;)

Penyusuan susuibu secara ekslusif bermaksud pemberian hanya susuibu tanpa makanan atau minuman lain termasuk air masak kepada bayi sehingga bayi berumur 6 bulan.

Kenapa agaknya penyusuan susuibu ini sangat penting ya? sebab bayi ni sangat fragile.

1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi).
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak, pneumonia dan jangkitan telinga.
8. Menggalakkan tumbesar.
9. Penghazaman yang mudah.



bukan hanya bayi yang mendapat faedah dari penyusuan ini, malahan ibu juga dapat bonus ;)
1. Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan perdarahan.
2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.
5. Menjimatkan masa dan wang.
6. Mudah dan tidak perlu persediaan.

--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)



Apa yang Shaklee boleh bantu anda tentang penyusuan susuibu?

Hakikatnya, pengambilan vitamin sama sekali tidak menambahkan susuibu, TETAPI pengambilan vitamin membantu mempercepat penghasilan susuibu disamping itu menjadikan seorang ibu itu lebih cergas dan bertenaga, cantik berseri, kambali ke bentuk badan asal dengan bantuan vitamin.


Set penyusuan Shaklee mengandungi ESP, Vita-Lea, B-Complex, Vita-C SR, Ostematrix, Alfalfa Complex.


1. Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
2. Set Eu Four Pack 
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
3. Set E
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.
4. Set 3M
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 


Untuk bakal-bakal ibu dan ibu-ibu yang sedang menyusukan, jom kita sama-sama jaga kesihatan diri kita demi kebahagian bayi anda. Bagi yang ingin mencuba produk penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi saya, dan saya akan cuba membantu anda menjayakan misi penyusuan anda bersama Shaklee ;)






*************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Tuesday, January 21, 2014

Demam Bengkak Susu

Bengkak susu? memang x tertanggung rasa sakitnya. Semalam buat pertama kali mama demam akibat bengkak susu, ketika usia Mikhael 57 hari. Sepanjang pengalaman menyusukan Annessa dan Mikhael, ini merupakan kali pertama mama demam akibat bengkak susu. Sebelum ni paling teruk bengkak sampai payudara keras macam batu je, x la sampai demam mengigi-gigil, lepas beberapa jam, panas giler plak badan. Nak angkat Mikhael untuk menyusukan pun x terdaya.

Punca bengkak susu


Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. 


Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. 

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

Sumber : babycenter


Cara mengatasi bengkak susu

1. Pakai coli yang sesuai.
2. Susukan bayi sekerap mungkin, 2 atau 3 jam sekali
3. Pastikan pelekapan bayi betul.
4. Mandi dengan air suam atau tuam payudara sebelum menyusukan/pam.
5. Gunakan pam untuk memerah susu atau gunakan kaedah marmet.
6. Sikat payudara bengkak menghala ke puting.
7. Meletak kubis pada payudara yang bengkak, tapi awas mungkin akan menyebabkan susu kering. 
8. Urut payudara sebelum mengepam.
9. Pengambilan suplemen Shaklee Lecithin membantu mengurangkan risiko bengkak susu dengan mencegah duktus tersumbat.

Manfaat lain Lecithin bagi ibu menyusu

1. membakar lemak berlebihan
2. menguatkan memori ibu-ibu lepas bersalin.
3. khasiat lecithin dapar disalurkan kepada bayi melalui penyusuan yang bagus untuk perkembangan otak bayi.





*************************************************************
Berminat mendapatkan produk SHAKLEE? 

Sila hubungi : Norlida 
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com 
Shaklee ID : 830463 
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Friday, January 10, 2014

Doa ketika menyusukan bayi ( amalan ibu Imam Al-Ghazali)

Amalan Ibu Imam Al-Ghazali sewaktu menyusukan beliau


1) menyusukan dalam keadaan berwudhu'


2) membaca surah Luqman ayat 1-6 sewaktu meyusu sebelah kanan

A001
Alif, Laam, Miim.

A002
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
A003
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

A004
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.

A005
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

A006
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.


3) membaca surah Luqman ayat 17 sewaktu meyusu sebelah kiri


A006
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.


4) membaca surah Luqman ayat 18-20 atau zikir sewaktu bayi sendawa


A018
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

A019
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

A020
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.


Subhanallah! Berkat amalan ini, Imam Al-Ghazali berjaya menghafal Al-Quran pada umur 6 tahun.

Jom mommies kita sama-sama amalkan ^____^




**********************************************************




Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?


Sila hubungi : Norlida 

SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com 
Shaklee ID : 830463 
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan. 





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Saturday, January 4, 2014

Alfalfa Complex : Pembuka Tirai Offer bagi 2014

pasti ramai yang dah tau ape offer yang Shaklee tawarkan bulan ni, ye betul..ALFALFA!!





Saya sendiri pun berkenalan dengan Shaklee sbb alfalfa ni la pada tahun 2009 dulu. masa tu mmg berniat nak menyusukan Annessa Humayra sepenuhnya, google punye google, terjumpa la dengan alfalfa ni, dan bermula la perkenalan dengan produk-produk Shaklee yang lain yang semestinya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.


Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:


1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.

2) Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).

3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.

4) Membantu membuang angin dalam badan. 

5) Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan. 

6) Melegakan sakit sendi dan belakang

7) 
Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

8) Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint

9) 
Memberi kelegaan semasa haid

10) Merawat arthitis


11) Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema

12) 
Mencuci usus bagi membuang toksik

13) Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
14) Meneutralkan asid dalam badan

15) 
Merawat masalah keputihan pada wanita

16) 
Membesar dan menegangkan payudara17) Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

18) Memulihkan urat selepas bersalin


19) Membantu masalah penghadaman dan pencernaan


20) Meningkatkan stamina seorang suami


21) Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!! )

22) 
Dan banyak lagi untuk disenaraikan…


AMARAN 
: Alfalfa TIDAK BOLEH d iambil oleh pesakit SLE
 

Jom pakat ramai-ramai borong alfalfa dengan harga murah ni, mmg rugi x ambil peluang ni, jangan lambat sampai sold out pulak nanti ^__^


****************************************************** 

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida 
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com 
Shaklee ID : 830463 
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Friday, April 5, 2013

Konsep Asas Penyusuan Susu Ibu

Salam jumaat..

Seringkali saya menerima sms 'Puan, saya nak cari set shaklee utk tambah susu'.. mungkin kerana lambakan gambar stok susu disamping vitamin2 Shaklee telah membuatkan ibu-ibu di luar sana teruja, bahawa vitamin Shaklee yang menjadi penyebab utama kepada banyaknya stok susu seseorang ibu itu.

Namun ibu-ibu perlu sedar hakikat sebenar dalam konsep penyusuan susuibu itu adalah  Konsep penyusuan menekan kan 3 perkara :-


1. Kerapkan penyusuan

 SEMAKIN KERAP KITA MENYUSUKAN, SEMAKIN BANYAK SUSU AKAN TERHASIL.

2. Minum air masak yang banyak

KEPERLUAN AIR MASAK BAGI IBU MENYUSU SECARA MINIMUN ADALAH 3 LITER SEHARI

3. Doa

PERLU KITA INGAT BAHAWA SUSU IBU MERUPAKAN REZEKI DARINYA, OLEH ITU MINTALAH DARINYA.


Suplemen atau vitamin merupakan makanan tambahan yang diambil bagi memenuhi keperluan gizi yang diperlukan oleh seseorang, sekiranya seseorang ibu itu mampu makan sepertimana apa yang ada dalam piramid makanan, jadi tak perlulah ambil suplemen.

Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk menjayakan penyusuan susu ibu :-


      (1)    Protein /ESP : Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Setiap organ kita memerlukan protein yang baik, maka keseluruhan badan kita dapat berfungsi dengan baik.

      (2)    Vitalea with iron formula/multivitamin  : mengandungi 12 vitamin dan  mineral penting  yang menjadi pelengkap nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh.

      (3)    B-complex : Memberi tenaga, mengurangkan tekanan, membantu tumbesaran

      (4)    Vita – C : merangsang pembentukan kolagen bagi mengatasi masalah strechmark, memperbaiki simptom pendarahan, meningkatkan sistem imun badan.
      (5)  Alfalfa   : membantu mempercepat proses penghasilan susu ibu  dengan syarat ibu mengepam setiap 3 jam

     (6)    Ostematrix : Menggantikan kalsium yang hilang sewaktku hamil dan menyusukan, penting untuk menguatkan tulang dan gigi, memperbaiki kekejangan dan kebas, mengurangkan tekanan.






                          **********************************************************


Berminat mendapatkan produk SHAKLEE dengan HARGA ISTIMEWA?

Sila Hubungi, Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com 
Shaklee ID : 830463 
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan. 

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Tuesday, January 15, 2013

Shaklee Pilihanku ^.^

Kenapa saya memilih Shaklee

Cerita saya dan Shaklee? Semuanya bermula masa mengandungkan Annessa Humayra tahun 2009.. masa tu mmg semangat tekad dalam hari mmg niat nak menyusukan Annessa Humayra selama mungkin..(opps mungkin ni jugak sebabnya walaupun sudah berusia 3 tahun sebulan, puteri ni masih xde gaya lagi nak berhenti menyusu badan.mujurla punyai suami yang memahami, kalau x mmg xtau cmane nak buat..peringatan untuk diri sendiri utk anak kedua ni nak niat, nak menyusukan cukup 2 tahun ajer ^.^

Masa dok cari2 info psal penyusuan ni, saya ade join class breasfeeding kat satu kedai barangan baby kat Kuantan ni, masa tu kak M owner nyr..melalui kak M saya tahu pasal alfalfa..google punya google masa tu, jumpa la info yang alfalfa ni merupakan milk booster bagi ibu menyusu.masa tu la baru tau ade brand shaklee ni, padahal brand ni dah berumur 50++ tahun pun..lain2 info pasal penyusuan mmg saya gali kat susuibu. masa tu mmg semangat giler siap print out artikel, gambar berkenaan, tampal kat buku utk rujukan sendiri..

Lepas dah tau alfalfa ni brand Shaklee, bermula la plak misi mencari macammana nak dapatkan produk ni..google punya google..mmg ade banyak blog yang cerita psl produk shaklee ni, tapi saya tersangkut kat blog anakkuwiraku. lepas dapat penerangan pasal produk shaklee ni, saya pun buat keputusan sebulan sebelum bersalin tu utk amik set berpantang (vitalea, b-complex, vita c dan zinc) dan set penyusuan (vitalea, b-complex, vita c dan alfalfa).

Alhamdulillah dengan pengambilan supplemen Shaklee, saya mampu menyusukan anak saya sehingga cukup 2tahun. Anak pun jarang sakit sepanjang tempoh penyusuan ni. di samping tu saya pun dapat kelebihan yang lain, kalau dulu kulit yang dulu 'super' berminyak ni dah elok sikit berbanding sebelum ambil shaklee. tapi apa yang penting pengambilan suplemen ni memerlukan pengambilan air masak minima 3 liter sehari.


Menjana pendapatan dengan Shaklee

Bermula dengan pengguna Shaklee, kini saya merupakan pengedar sah Shaklee. ini pun ade ceritanya, masa tu saya nak buat fullpack order, masa tu N tny saya, ' ida xnak jadi member ke? sambil2 tu boleh buat income sendiri.' masa join tu mmg fikir untuk suka-suka je, cek pertama yang saya terima pun cuma dua angka..siapa sangka kini surirumah, yang hanya duduk di rumah pun saya boleh dapat pendapatan 4 angka.

Sebelum ni mmg saya bekerja , tapi kini rasa lebih selesa di rumah , boleh menjaga sendiri anak dan melihat pembesaran anak di depan mata, memang merupakan satu kepuasan, masa bersama suami pun lebih banyak berbanding waktu berkerja dahulu, maklumla suami pun x selalu di darat..

Semoga usaha dan cita-cita saya untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga disamping memajukan ummah akan tercapai. Yang paling penting kesihatan seisi keluarga juga dapat diperbaiki dengan mengamalkan Shaklee. Insya Allah segalanya dengan izin Allah jua..


*********************************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE dengan HARGA ISTIMEWA? 

Hubungi saya, Norlida,
SMS/WhatsApp : 012-3767589
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Tuesday, November 29, 2011

To all bf moms..

Situasi ini biasa berlaku :
Apabila seorang doktor menyarankan si ibu memberi anaknya minum susu formula setelah melihat berat anak yang tidak mengikut graf pembesaran seorang anak, si ibu pasti mudah marah. Namun rata-rata akan memberi kenyataan defensive " Ah, tak pe asalkan anak aku aktif".
Apa yang doktor concern bukannya hanya pada berat semata-mata. Pembesaran anak bukan sekadar pada tubuh badannya tetapi termasuk pada perkembangan otak si anak.

Apa yg doc tu cakap adalah perkara yang sama saya pernah dpt dr seorng paedatrik. Saya tanya kenapa dia buat statement mcm tu, then Paed tu bg tahu biasanya susuibu selepas bayi berumur lebih enam bulan, kandungan zat besi dlm susuibu makin berkurang ditambah apabila si ibu TIDAK menjaga pemakanan spt yg disarankan dlm piramid makanan. Bila kita lihat , rata2 susu formula dalam pasaran menekankan kandungan zat besi, carotene sbb ini penting untuk pertumbuhan kanak2. Oleh kerana itulah ibu yg nak menjayakan penyusuan susuibu lengkap sehingga dua tahun disarankan menjaga dan nenitikberatkan pemakanan kerana ia mempengaruhi nutrisi dalam susuibu itu sendiri. Pengambilan supplement adalah salah satu langkah demi memastikan si ibu dapat mengurangkan jurang permasalahan nutrisi dalam susuibu.
Credit : Anakku Wiraku

Saturday, October 22, 2011

Alfalfa bukan booster terbaik untuk ibu menyusu


Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan harian diet yang kaya dengan protien.

Tahukah anda?

Protien

Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Kalsium

Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.

Air.
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.