Tuesday, August 9, 2011

The Day You Went Away..

Well hey so much I need to say

Been lonely since the day

The day you went away

So sad but true

For me there's only you

Been crying since the day

The day you went away


-part of M2M song-

genap seminggu mr hubby 'membelayarkan' dirinya..
hari sebelum papa berlepas ke Singapore Annessa Humayra tgh demam panas tibe2..
mgkin terasa akan kehilangan papa utk seketika..
mgkin jugak sbb berpanas seharian menaiki tren dr Bandaraya-Masjid Jamek-Pasar Seni
papa kate malas nak drive ke ofis sbb jalan jam..
xkisah la tp aku tetap nak ikut jugak..
sian si kecik kene usung tgh2 panas..
walaupun pose, ptg tu dpt la kfc treat dr papa ;)

otw to opis papa


hari terakhir bebuka puasa dgn mr hubby, kitorg mkn dkt SR dpn sogo je..
malas nak pk nak mencari tempat berbuka
gambar pun x sempat nak snap byk2 sbb masa ni si kecik dah mule meragam je..

jalan kaki je dr hotel

lepak dpn sogo sementara tunggu berbuka

melayan si kecik yg mule byk ragam


seawal pagi rabu minggu lepas, kami ber3 pegi menjemput atok si kecik yg sama2 akan menghantar mr hubby ke epot esok
sempat bersahur utk kali terakhir Ramadhan ini kat area Chowkit
makan mmg x best, tp sbb kene bersahur jugak ku telan jua..

sampai semula ke hotel, si kecik buat 'kuih' plak
terpaksa la subuh2 hari tu trus mandikan dia..
mujur la panas badan si kecik beransur kurang..

bergerak ke epot jam 9.10 pagi, lebih kurang jam 10 kami dah sampai
perjalanan ikut jalan lama mmg lebih jimat dan cepat..
sempat la pusing2 kat departure area tu
si kecik tu pun sempat mengepow papa coklat cinonit tp harga x leh blah..
papa layan kan jugak..thank you sayang..


coklat ni rega die je dah nak RM100..huhu

dpt yg kecik pun jadik la ;)

aku biar si kecik menghabiskan masa2 yang ade dgn papanya..
padahal dlm hati rase byk bende sgt nk ckp dgn awak..
sedih rindu sgt nak melepaskan awak..
tapi demi segala2nya..awak terpakse berkorban..


asyik nak nangis je haritu...

spending time together..

sembang ape la tu..

nak dok mcm ni pulak..

we miss u..

masa papa dah nak boarding, si kecik mule xnak org lain dukung..
even aku amik pun die x layan
peluk papa die kuat2..
last2 atok la terpakse leraikan die dr papa..
mmg smp nak ke kereta baru berhenti nangisnye

its about time...

setakat hari ni si kecik ni xde meragam sgt, alhamdulillah
tapi kdg2 bile die eksaited tgk org balik rumah..
die dari jauh dah jerit 'abam' 'abam' (panggilan utk papa)
sayu jugak hati rasanya..
bile tgk hp ade muka papa..die kiss hp ;)


semoga selamat pergi dan pulang sayang..
moga tahun dpn ade rezeki kite raye bersama lagi..
thanks for the most wonderful 1 whole year last year..


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan



SALAM RAMADHAN 2011 (1432M).

Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari sebelumnya..
Salam kemaafan untuk semua..

pic by google

Monday, July 18, 2011

Bila terlambat bangun sahur, apa yang membantu?


Bulan Ramadhan bakal tiba, pasti ramai yang tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa. Suasana Ramadhan dirindui setiap tahun. Puasa itu sendiri melatih jiwa menjadi sabar, membantu membersihkan perut serta melatih kita bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH beri kepada kita.
Sudah pasti kehadiran Ramadhan ini , persediaan awalnya kita menyediakan kurma di rumah untuk berbuka dan bersahur. Apakah kebaikan kurma?

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak
langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.



Rahsia keluarga N berpuasa dengan ESP & Performance Drink

Selain kurma, kami memastikan rumah kami lengkap dengan beberapa supplement terutamanya Energizing Soy Protien (ESP) dan Performance Drink. Sudah menjadi amalan kami sekeluarga , sebelum tidur saya akan membancuhkan satu tumbler ESP bersama Performance Drink untuk di minum seisi keluarga. Ini untuk mengelakkan anak-anak mengalami hidrasi dan bagus untuk kelembapan kulit. Selama bertahun juga kami menjadikan amalan, menyediakan segelas ESP dan Performance Drink bersama kurma sebagai pelengkap sahur dan berbuka.

Apa sebenarnya rasa ESP dan Performance bila dicampurkan?Rasa seperti air lasi ( ala-ala vitagen) dan Addin & Nasa menggelarkan air ini ialah air aiskrim.Boleh juga diamalkan bersama kurma diblend dan dicampurkan sekali dan ia menjadi rasa yang sangat lemak.

Benarkan kenyang dan bertenaga ? Alhamdulillah memang rasa perbezaan yang ketara bila kami terlepas langsung waktu sahur yang mana bangun sahaja sudah azan subuh :( sudah pasti tidak sempat untuk bersahur.Jika bangun di saat akhir waktu imsak, kami hanya amalkan makan kurma 5-7 biji beserta segelas campuran ESP dan Performance.

Ia juga sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anaknya.