"... Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara yang paling baik (ma'ruf). Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu (terhadap perangai isteri), padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak". An Nisa':19
Suami bertanggungjawab memimpin isteri. Kita kena banyak bersabar atas karenah isteri kerana semuanya itu adalah pahala dan kebaikan yang banyak dari Allah jika kita mampu mengurusnya.
"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu...." Al Baqarah: 187.
Berdasarkan keizinan dari Allah ini kepada suami untuk mencampuri isterinya di malam bulan puasa, menunjukkan satu penghormatan kepada wanita yang bernama isteri yang mampu menyelamatkan nafsu suami. Allah Maha Mengetahui atas kelemahan suami terhadap kehendak hubungan kelamin ini. Dengan ini kenyataan "isteri dijadikan tempat memuaskan nafsu suami" perlulah kita lihat dari sudut yang positif. Ia adalah satu ibadah sebagai suruhan Allah kepada isteri untuk menyelamatkan kehendak nafsu suami ini.
Mari kita renung kembali ayat di atas tadi, sedangkan berpuasa selama 12 jam disiang hari pun telah menyebabkan suami (tak semua le kot) tidak dapat menahan nafsunya, apa lagi yang terpaksa menunggu lepas bersalin dalam pantang 40 hari. Ditambah pula halangan-halangan dari anak kecil yang diletakkan di tengah-tengah tidur sekatil berbulan-bulan lamanya. Bila rengekan anak kecil tu, cepat dapat habuannya, tetapi jika rengekan ayah yang besar tu, gigit jarilah tuannya.
Apa yang boleh kita buat :
Apa yang boleh kita buat :
Bak kata pakar-pakar motivasi keluarga bahagia, komunikasi kedua pasangan suami isteri amatlah penting sekali demi kebahagian mereka. Bersyura dalam membuat keputusan amatlah dituntut.
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (berhenti menyusu badan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan bersyura, maka tidak ada dosa atas keduanya..." Al Baqarah:233
Jika punca isteri tidak dapat melayani suami kerana kehadiran anak kecil ini, sama ada satu"and beyond", pada pandangan saya di sana ada jalan penyelesaiannya. Konsep ayat di atas tadi ialah "janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya".. menunjukkan kita boleh berbuat sesuatu kepada anak itu demi keselesaan dan kehendak kita suami isteri.
Cuba kita lihat kebanyakkan isteri-isteri sama ada full time housewife atau part time house wife, yang nampak sengsara mendukung anak kecil di sebelah kiri dan di sebelah kanan pula anak yang berumur 3 tahun bergayut memaut jubah umminya ke hulu ke hilir ke mana saja umminya pergi. Dan bukan ayahnya tak mahu tolong tetapi memang anak-anak tu terlampau manja (bergantung) kepada umminya. Nampak sekali imbas menggambarkan isteri tadi seorang yang"caring" tetapi dua kali imbas memaparkan kesilapan sendiri terlampau memanjakan anak pula.
Jika kita boleh didik anak-anak ini agar lebih berdikari pada usia yang lebih singkat, pastinya isteri kita tadi lebih cepat bebas dan boleh berfungsi sebagai seorang isteri yang produktif kepada suaminya dengan kadar yang lebih segera. Bila umur anak tu meningkat 8 bulan, sudah boleh tidur di bilik yang berasingan. Maka dengan ini, ibu dan ayah mereka ini akan lebih cepat kembali menjadi pasangan yang sedang berbulan madu dan lebih mobile dalam kerja-kerja dakwahnya.
Bagaimana Caranya?
Bagaimana Caranya?
Nasihat untuk isteri:
Bila anak kecil itu berumur 8 bulan, pada jam 9.00 malam atau lebih sedikit, berikan anak itu menyusu badan hingga dia kenyang. (Laparkan dia pada waktu senja tu). Kemudian tidurkan anak itu di bilik lain yang berpisah dari bilik tidur anda tetapi biarlah boleh anda dengari tangisannya. Apabila dia menangis kali pertama, tunggu 5 minit barulah anda menghampirinya dengan hanya menepuk badannya sahaja. (jangan angkat atau dukungnya).
Bila senyap, tinggalkan. Bila dengar dia menangis kali kedua, tunggu 10 minit pula, baru anda menjeguknya. Kali ini jangan tepuk, hanya tunjukkan muka yang anda sedang melihatnya. Bila dia senyap, maka tinggalkan. Bila dia menangis kali ketiga, tunggu 15 minit, baru menjenguknya. Biasanya selepas ini dia akan terus lena hingga ke pagi.
Teruskan taktik ini untuk malam yang berikutnya. Biasanya selepas malam ketiga, anak ini telah faham akan peraturan yang telah kita jalankan kepadanya. Dengan mudah dia sendiri akan masuk ke bilik tidurnya (bila dah boleh berjalan) apabila masuk waktu 9.00 malam. Anak itu lebih berdikari. Umminya akan lebih berseri. Ayahnya pasti tak cari lagi.
Cubalah!! ^_^
Source : iluvislam.com & mamaqaireen
Source : iluvislam.com & mamaqaireen
*****************************************************
Hmm si kecik ni dah setahun lebih, dah terlebih manje pun...
agaknya sempat lagi ke nak ajar die..
lagipun nanti bila papa sailing semula, mesti tido ngan mama balik..
anyone with experience??
jom share...
Hmm si kecik ni dah setahun lebih, dah terlebih manje pun...
agaknya sempat lagi ke nak ajar die..
lagipun nanti bila papa sailing semula, mesti tido ngan mama balik..
anyone with experience??
jom share...
hmm...susah kn??
ReplyDeletenk tido berdua atas katil ade plak yg sorg lg menjunam kebwh...
si Abreeq pun mlm² terjaga mesti nk mengepam punye asyik mencari² tpi mate tutup...bleh kot nk try care ni tpi cm x smpai ati plak suh dia tido sorg²..huhuhu...