Sunday, February 27, 2011

Melaka Wonderland

Melaka Wonderland...here we comes!
entry kali ini adalah entry bergambar



proses membeli tiket masuk




warm up sebelum acara menelan air klorin oleh Annessa Humayra & rakan- rakan seperjuangan, Balqis Batrisya & Dania Sofeya




papa yang syok main slide





Annessa Humayra yang kelaparan selepas main air sesi pertama




bergambar bersama maskot2 Melaka Wonderland




makan fries plak selepas main air sesi kedua




sesi tanning di bawah payung




having a good time..masa untuk pulang..




terbang dulu kat pintu masuk




ok, we will come & having fun again here some other time later..



itu la cerita hari sabtu yang lalu...
sangat puas hati bermain air hinggakan sampai di rumah kulit pun berubah warna...
kene kuarantinla dok dalam umah je waktu siang lepas ni
boleh caye ke ni..haha

Thursday, February 24, 2011

Dapat Jugak Naik Kapal..

alkisahnye..
setahun lepas mase hanimun dah smp sini.. dah pijak pun tangge kapal ni..
tp disebabkan kepanasan melampau di Melaka Bumi Bersejarah ni...

maka tidak la tercapai hasrat untuk melawat isi perut kapal ini..

ade cerita disebalik ni...


so just browse da piccas, okay ;)

menyusuri sungai melaka

ala-ala titanic gitu

nak melompat plak

renung ape la tu agaknye

mama saye takut la...



lepas puas berpeluh keluar masuk muzium ni..
singgah dataran pahlawan untuk makan malam....
sebelum balik sempat ke 'uptown melaka'
sekian cerita dapat jugak naik kapal..;)

Wednesday, February 23, 2011

Belian Full Pack Shaklee dan Menangi Hadiah Utama Bernilai RM 1000

Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011


Hadiah Utama
Product Shaklee bernilai RM1000


Hadiah Bulanan
2 x Fullpack set A
1x Voucher Disc penginapan di Marriot / Renaissance




Apa yang perlu anda lakukan?

  1. Anda hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM200 (tidak termasuk kos pos) dalam satu invois menggunakan ID saya 830463 dan layak menyertainya.
  2. Pembelian melebihi RM400 melayakkan anda mendapat dua cabutan, RM600 untuk 3 cabutan dan seterusnya.
  3. Jika anda membuat pembelian secara walk in, pastikan anda membeli di branch yang disahkan oleh Shaklee dan bukan dari mana-mana mereka yang menyimpan stok (Shaklee tidak menyediakan stokis) dan sms kan kepada saya di 012-3767589 atau email phat_nemo@yahoo.com : Nama , No telefon dan Sales Order No yang ada dalam invois belian.
  4. Cabutan bagi hadiah bulanan ialah seramai 3 orang dari senarai pembelian di mana kami menyediakan 2 set untuk Multivitamin, b com dan Vitamin C serta seorang akan memenangi Voucher Disc Percutian/ Penginapan Di Marriot/ Renaissance.
  5. Tiada slogan atau soalan yang perlu dijawab.
  6. Cabutan akan dibuat setiap bulan dan BERITA HEBAT : Pemenang hadiah bulanan LAYAK untuk menjadi pemenang hadiah UTAMA. Inilah BONUS BERGANDA! Bermakna walaupun anda telah menjadi pemenang hadiah bulanan , anda masih berpeluang memenangi hadiah UTAMA.
  7. Lebih banyak pembelian lebih banyak peluang!
  8. Punya kekangan untuk membeli vitamin fullpack? Inilah peluang mengajak adik beradik atau opismate anda berkongsi duit dan membeli vitamin bersama. Beli vitamin secara fullpack, dan anda boleh bahagikan kepada rakan / adik beradik yang dikongsi. Mana tahu anda memang? Hadiah juga boleh dikongsikan bersama! Gandakan kegembiraan anda dan adik beradik/rakan kongsi anda!!!!
  9. Jangan tunggu lagi. Pernah dengar iklan Peraturan 88: Sukakannya! Gandakannya! Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011.
Jadikan tahun 2011 tahun yang penuh dengan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan kekayaan!!!!!!


Pernahkah anda terfikir mengapa Full Pack vitamin Shaklee lebih murah?

* ianya adalah harga ahli dan ibu beri kepada semua kawan-kawan ibu termasuklah kalian yang membaca blog ini.
* tiada kos re-packing.
* belian secara pukal pastinya lebih murah :)
* Berbaloi dengan lebih penjimatan!
* Ber "seal" dan lebih baik.

Monday, February 21, 2011

Faceblog Pulak

Pink karer!!Jom usha ape itu faceblog...


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Sunday, February 20, 2011

Waktu Pengambilan Vitamin Yang Sesuai ; Bergantung Kepada Individu

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex

Minum Pagi : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa

Minum Petang : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)

Aturan ini boleh digunakan bagi mereka yang susah menelan vitamin dalam kuantiti yang banyak sekaligus.


**Source : Mommy Lyna

Monday, February 14, 2011

Anak Demam, Selsema, Batuk : Panduan bagi Ibu Baru

Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.

* Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa belajar Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

* Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Praktikkan setiap kali anak ada selsema.

* Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak

* Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

* Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Doktor turut pesan, jika anak demam...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.

Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Source : Anakku Wiraku

Thursday, February 10, 2011

Shaklee Trial Pack

Berikut adalah senarai produk Shaklee Trial Pack:-


Shaklee Trial Pack – Set A (Basic/Optimum)

Shaklee Trial Pack Set Basic

30 tabs Vita-Lea, 30 tabs B-Complex & 45 tabs Vitamin C
RM80.00 (Jika COD atau Maybank2u)

FULL PACK : Semenanjung RM198.00 Sabah/Sarawak RM218.00


Shaklee Trial Pack – Set B (Breastfeeding)

Shaklee Trial Pack Breastfeeding

30 tabs Vita-Lea, 30 tabs B-Complex, 30 tabs Vitamin C & 60 tabs Alfalfa
RM
80.00 (Jika COD atau Maybank2u)


FULL PACK : Semenanjung RM241.00 Sabah/Sarawak RM263.00


Shaklee Trial Pack – Set C (Confinement)

Shaklee Trial Pack Confinement

40 tabs Vita-Lea, 40 tabs B-Complex, 40 tabs Vitamin C and 40 tabs Zinc
RM100.00 (Jika COD atau Maybank2u)

FULL PACK : Semenanjung RM225.00 Sabah/Sarawak RM 246.00


Shaklee Trial Pack – Set C (Confinement) + Milk Booster
40 tabs Vita-Lea, 40 tabs B-Complex, 40 tabs Vitamin C, 40 tabs Zinc + 80 tabs Alfalfa
RM110.00 (Jika COD atau Maybank2u)

FULL PACK : Semenanjung RM268.00 Sabah/Sarawak RM 291.00


Shaklee Trial Pack – Set D (Skin Care) *Juga bagus untuk kesihatan jantung

Shaklee Trial Pack Skin Care

30 tabs Vitamin E Complex, 30 tabs B-Complex & 30 tabs Vitamin C

RM80.00 (Jika COD atau Maybank2u)

FULL PACK : Semenanjung RM246.00 Sabah/Sarawak RM266.00


Shaklee Trial Pack – Set E (OsteoMatrix/Calcium)


30 tabs Vita-Lea, 30 tabs B-Complex, 30 tabs Vitamin C, 60 tabs Alfalfa & 1 bottle Osteomatrix

RM140.00 (Jika COD atau Maybank2u)

FULL PACK : Semenanjung RM290.00 Sabah/Sarawak RM315.00


Shaklee Trial Pack – Set F (Feminine)

30caps Vitamin E & 90 tabs Alfalfa
RM70.00 (Jika COD atau Maybank2u)


FULL PACK : Semenanjung RM172.00 Sabah/SarawakRM188.00


Shaklee Trial Pack – Set G (Resdung/Asma/Allergy/Gegata/Eczema)

30 tabs B-Complex, 60 tabs Vitamin C & 120 tabs Alfalfa
RM80.00 (Jika COD atau Maybank2u)

FULL PACK : Semenanjung RM170.00 Sabah/Sarawak : RM188.00


Shaklee Trial Pack – Set H (Immune booster)

10 sachets NutriFeron
RM70.00 (Jika COD atau Maybank2u)

FULL PACK : Semenanjung RM155.00 Sabah/Sarawak RM173.00


Shaklee Trial Pack – Set J (Pregnancy)

Set J1 (Trimester 1)

30 tabs VitaLea ,30 tabs B complex, 30 tabs vitamin C & 1 bottle Ostematrix
RM130.00 (Jika COD atau Maybank2u)

FULL PACK : Semenanjung RM247.00 Sabah/Sarawak RM270.00

Set J2 (Trimester 2&3)

30 tabs VitaLea ,30 tabs B complex, 30 tabs vitamin C, 1 bottle Ostematrix & 30 caps Omega Guard
RM170.00 (Jika COD atau Maybank2u)

FULL PACK : Semenanjung RM356.00 Sabah/Sarawak RM382.00

Wednesday, February 9, 2011

Supplement dan Vitamin Semasa Hamil

Tatkala disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi memberikan bayi yang bakal dilahirkannya.

Salah satu perkara yang menjadi lumrah di kala hamil ialah pengambilan supplement. Namun, terdapat bakal-bakal ibu yang masih ragu-ragu dengan pengambilan supplement, meskipun yang diberi oleh klinik/hospital yang dikunjungi tatkala lawatan ante-natal. Ini adalah kerana beberapa tohmahan tentang supplement dan vitamin, misalnya:

“Vitamin semasa mengandung membuatkan anak besar”

“Vitamin semasa mengandung menggemukkan”

Apakah sebenarnya tujuan pengambilan supplement dan vitamin semasa hamil?

Vitamin A

  • Mengelakkan rabun malam
  • Membina sel otak
  • Mengelakkan kelesuan

*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.

Produk Shaklee untuk vitamin A : Vitalea
Produk Shaklee untuk pro-vitamin A : Carotomax

Vitamin B Complex

B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?

Vitamin B1 (thiamine)

  • membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
  • menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
  • mengelakkan diabetes

Vitamin B2 (riboflavin)

  • menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
  • menguatkan fungsi otak

Vitamin B3 (niasin)

  • memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
  • mengurangkan perasaan stress dan tertekan
  • memberi ketenangan

Vitamin B5 (pathotenic acid)

  • mengelakkan kekejangan otot

Vitamin B6 (pyriodoxine)

  • membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
  • memberi tenaga
  • menghilangkan rasa lesu

Vitamin B9 (folic acid)

  • penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
  • mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
  • menjaga fungsi saraf
  • mengelakkan kurang darah

Vitamin B12 (cyanocobalamin)

  • mencegah anemia
  • menjaga kesihatan kulit
  • mencegah kelesuan

Produk Shaklee yang mengandungi vitamin B : B Complex

Vitamin C

  • Membantu menyerap zat besi
  • Membantu dalam sintesis protein
  • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
  • Mencegah selesema

Produk Shaklee untuk vitamin C : Vita-C 500mg Sustained Released

Vitamin D

  • penting dalam penyerapan kalsium
  • mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
  • mengelakkan kekejangan otot

Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D

Vitamin E

  • Menjaga saraf dan otot
  • Mengelakkan keguguran
  • Sebagai antioksidan

Produk Shaklee untuk vitamin E : Vita-E Complex

Vitamin K

  • penting untuk pembekuan darah
  • mengurangkan risiso pendarahan

Produk Shaklee untuk vitamin K : Vitalea

Selain vitamin, mineral juga diperlukan oleh ibu hamil untuk pelbagai fungsi.


**Source : Mommy Lyna