Tuesday, November 29, 2011

To all bf moms..

Situasi ini biasa berlaku :
Apabila seorang doktor menyarankan si ibu memberi anaknya minum susu formula setelah melihat berat anak yang tidak mengikut graf pembesaran seorang anak, si ibu pasti mudah marah. Namun rata-rata akan memberi kenyataan defensive " Ah, tak pe asalkan anak aku aktif".
Apa yang doktor concern bukannya hanya pada berat semata-mata. Pembesaran anak bukan sekadar pada tubuh badannya tetapi termasuk pada perkembangan otak si anak.

Apa yg doc tu cakap adalah perkara yang sama saya pernah dpt dr seorng paedatrik. Saya tanya kenapa dia buat statement mcm tu, then Paed tu bg tahu biasanya susuibu selepas bayi berumur lebih enam bulan, kandungan zat besi dlm susuibu makin berkurang ditambah apabila si ibu TIDAK menjaga pemakanan spt yg disarankan dlm piramid makanan. Bila kita lihat , rata2 susu formula dalam pasaran menekankan kandungan zat besi, carotene sbb ini penting untuk pertumbuhan kanak2. Oleh kerana itulah ibu yg nak menjayakan penyusuan susuibu lengkap sehingga dua tahun disarankan menjaga dan nenitikberatkan pemakanan kerana ia mempengaruhi nutrisi dalam susuibu itu sendiri. Pengambilan supplement adalah salah satu langkah demi memastikan si ibu dapat mengurangkan jurang permasalahan nutrisi dalam susuibu.
Credit : Anakku Wiraku

Sunday, November 27, 2011

Tips untuk elak anak senang sakit dan demam.

Saya nak kongsikan beberapa tips yang mudah-mudahan boleh dimanfaatkan bersama demi memastikan anak sihat, cergas dan sejahtera selalu :




1. Pastikan anak konsisten minum air kosong.
Betapa pentingnya air telah dibuktikan apabila muka bumi kita dikelilingi dengan lautan ALLAH yang sangat luas. Maka pentingnya air kepada badan kita. Untuk memastikan anak kita suka minum air, salah satunya cara ialah menyediakan air kosong di dalam cawan atau botol minuman kegemaran si kecil. Itu yang saya amalkan di rumah. Setiap sebulan, saya akan menukar cawan minum anak-anak saya supaya mereka akan kerap minum apabila melihat cawan kegemaran mereka.

2. Sediakan air yang mengandungi pro biotik seperti yogurt ,vitagen dan jenis sepertinya.
Minuman ini bagus dalam membantu penghasilan bakteria baik di dalam usus dan ia membantu kelancaran proses pembuangan.

3. Pastikan ada buah-buahan dalam menu harian. Ia wajib supaya mereka sentiasa mendapat hasiat vitamin C, serat dari buah-buahan kerana rata rata , anak-anak tidak gemar makan sayur. Pengambilan buah buahan membantu kelembapan kulit sentiasa terjaga dan ia juga membantu agar mereka tidak mengalami masalah sembelit.


4. Pastikan mereka mandi dua kali sehari atau 3 kali sehari apabila demam. Ini membantu agar badan tidak dehydrate selain membersihkan mereka dari kuman dan bakteria.

5. Berikan mereka minum air kelapa muda sekurang-kurangnya seminggu sekali walau hanya seteguk dua...ini kerana air kelapa bagus untuk proses detox...dan ia membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik.

6. Hantarkan sedekah pada anak-anak yatim atau golongan yang memerlukan, niatkan agar anak2 sejahtera, dipelihara dari sakit. Anak demam atau sakit berlarutan biasanya adalah teguran ALLAH atas rezeki yang kita ada tidak dikongsi kepada golongan yang memerlukan.


Cubalah amalkan...

Credit : Anakku Wiraku

Cyst mengecil selepas amalkan Shaklee GLA Complex

Cyst?Apa tu???sejujurnya saya mmg tak pernah tau pasal cyst. Kebarangkalian untuk wanita mengalami cyst ini adalah sekali sepanjang hayatnya dan biasanya tidak mendatangkan mudarat. Tidak semua cyst memerlukan pembedaham, bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Rawatan bagi cyst ini sekiranya serius ialah pembedaha, namun cyst ini boleh juga dirawat dgn rawatan horman.


Ini fakta ttg cyst yang sy ambil dr Portal Kehamilan Malaysia.

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.









Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.


**********************

Mari kita baca pengalaman puan Dilla yg berjaya mengelakkan pembedahan cystnya dengan bantuan Shaklee GLA Complex.


Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....

" An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter - Wikipedia "

Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...

Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...

so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...

Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm...Inilah gambar scan saya...

scan_cyst_01_800x613

Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...

Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.

Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.

Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.

scan_cyst_02_800x613

Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut

Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...

scan_cyst_03_800x613

Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?

1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.

GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

2) Memakai Pad Herba Avail

3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:
" Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."

- Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari

Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah....

Credit : Wondermum

**************

Bagi mereka yang ingin mencuba Shaklee GLA Complex, boleh emelkan ke norlida.mohdkamaruzaman@yahoo.com @ SMS/Whatspp ke 012-376 7589 untuk maklumat lanjut.

Nak tau apa vitamin-vitamin keluaran Shaklee??

Anda mencari vitamin @ makanan tambahan?

SHAKLEE telah berada di pasaran selama 55tahun. Semestinya jenama yang baik kerana boleh bertahan begitu lama.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara - ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Jom tengok senarai vitamin-vitamin semulajadi keluaran Shaklee kat bawah ni..

Mungkin ada yang sesuai dengan keperluan anda..


Credit to Iffah , Sue & MamaFaiz


Mahu mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee dan mendapatkan harga yg istimewa berserta hadiah yang comel? Sila emel ke norlida.mohdkamaruzaman@yahoo.com @ SMS ke 012-376 7589.