Monday, July 5, 2010

Puasa?Breastfeed??

tak lama lagi ramadhan dah..sekarang pun sure ramai yang tengah gigih mengganti puasa kan..alhamdulilah tahun lepas dapat puase penuh walaupun pregnant, tahun ni puasa sambil breasfeeding annessa...satu pengalaman baru jugak tu.
persedian nak menghadapi bulan puasa kali ni.. tambah-tambah pulak puasa kali ni bertiga je.. selalu tu ade ibu siapkan sahur, tinggal tolong cedok nasik je :p (bertuah punye anak kan) kali ni insya Allah berpuasa di samping suami dan anak je.. harap-harap mampu la nak bangun sahur ;)

Persedian Fizikal :
Untuk berpuasa dan menyusukan anak, ibu perlukan kesihatan yang optimum. Jangan skipkan makan, pastikan makan makanan yang seimbang dan jika mampu bolehla mendapatkan supplemen untuk memastikan badan mendapat cukup keperluan vitamin diperlukan oleh tubuh. Pengambilan air yg secukupnya juga amat penting untuk mengelakkan dehidrasi.

Persedian Mental :

Mulakan dengan menjaga solat dengan baik. Mulakan zikir yang mudah... seperti Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Banyakkan mengaji antara surah yang digalakkan ialah Al-Waqiah. Solat-solat sunat seperti Dhuha dan Tahajud membantu meningkatkan keimanan kita. Bila iman kita kuat, nescaya semangat untuk menyusukan anak semakin menebal.


Supplemen yang dicadangkan semasa bulan puasa :-
  • ESP- membantu penghasilan susuibu dengan cepat apabila pengambilan air yang mencukupi.
  • Performance Drinks- membantu keseimbangan kandungan gula dalam darah si ibu agar tak mudah pengsan apabila berpuasa sambil menyusukan anak. Selain itu ia membantu agar badan ibu tidak dehydrate sepanjang berpuasa. (boleh diambil pada hari tidak puasa juga)
  • Alfalfa- well known milk booster. Kandungan protein di dalamnya membantu penghasilan susuibu dengan cepat. Option lain bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan ESP.
  • Basic vitamin- Multivitamin, B complex dan Vitamin C.


Pengambilan vitamin-vitamin ini sebelum puasa sangat digalakkan kerana :-

[1] Supplemen yang disyorkan membantu penghasilan susuibu dengan cepat jika ibu-ibu mengepam secara konsisten dan pengambilan air yang mencukupi.

[2] Susuibu akan menjadi lebih pekat. Anak akan kurang menyusu tetapi cepat kenyang, dengan ini ibu-ibu mudah buat stok.



Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.
Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa
Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.
Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.
Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drinks ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa masing-masing.

Semoga bulan Ramadhan kita kali ini akan lebih bermakna dan dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.




Saturday, July 3, 2010

Set Penyusuan Shaklee

Bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak dengan jayanya, 2 perkara yang mesti sentiasa di ingat :-
(1) Supplements BUKAN ubat. Supplements BUKAN milk booster.
Supplements ialah pemakanan tambahan, yakni makanan kepada sel badan.
(2) Konsep “demand vs supply” dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap anda kosongkan payudara, samaada melalui penyususan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu anda. Supplements hanyalah “pembantu” kepada proses “demand vs supply” ini.

Ok, meh tengok set apa yang dicadangkan untuk membantu penyusuan susu ibu ni :-
(1) Alfalfa Set (Basic).
  • Vita-Lea Iron fortified
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
* 30 days Trial Pack Alfalfa set : rm80 (Trial Pack B)
* Full Pack Alfalfa set : rm241

(2) Alfalfa Set with OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • OsteMatrix
* 30 days Trial Pack OsteMatrix set : rm140 (Trial Pack E)
* Full Pack OsteMatrix set : rm290

(3) Alfalfa Set with Energizing Soy Protein (ESP).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
* 30 days Trial Pack Alfalfa set with ESP : rm211
* Full Pack Alfalfa set with ESP : rm362
(4) Alfalfa Set, with Protein and Performance Drink.
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Performance Drink
* 30 days Trial Pack Alfalfa set with ESP & Performance Drink : rm277
* Full Pack Alfalfa set with ESP : rm428

Khasiat bagi setiap vitamin yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

Vita-Lea Iron Fortified (multivitamin) :
Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.
B-Complex :
Penting bagi ubat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah.
Vitamin C :
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.
Alfafa :
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).
Energizing Soy Protein (ESP) :
Seperti namanya – ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tu, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh la minum segelas ESP.
Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.
Performance Drinks :
Memberi dan mengekalkan tenaga, mengelakkan ibu dehidrasi, dan sangat membantu ibu berpuasa sambil menyusu. Jika ada sesiapa di antara ahli keluarga anda yang demam, berikan segelas Performance Drink kepadanya. Insya Allah, badan tidak akan dehidrasi, dan rasa lebih bertenaga walaupun demam.
Ostematrix :
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.
Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.
Nuriferon:
Lain-lain yang turut membantu menjayakan penyususan ialah Nutriferon (Shaklee powerful Immune Booster). Ianya bukanlah membantu memperbanyakkan susu, sebaliknya membantu untuk boost semula sistem imun ibu dan bayi. Jika anda menyusu, namun masih mendapati anak anda kerap demam dan berpanjangan, cubalah Shaklee NutriFeron ini.

Untuk mereka yang ingin mencuba, boleh dapatkan set penyusuan ini melalui saya (012-3767589 @ phat_nemo[]yahoo.com), atau terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda. (sila hubungi saya untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian sendiri di mana-mana cawangan Shaklee).

**Source : GenkiMomma

Friday, July 2, 2010

My Date ;)

pagi ni keluar awal..pukul 8.30 dah kua anta annessa pergi nursery..sorry sayang, mama nak date ngn papa je plak yer ;)


bukan ke mana sgt pun, cume pergi breakfast kat oldtown kopitiam je pun..


here goes the menu, lupe la name ape..yang penting nasik lemak & roti bakar, air kopi yg sgt kaw sehingga x mampu utk di habiskan..

tuan tanah nak menempek jugak...;P

p/s : hunting for roti canai tok sira tomorrow..