Monday, July 5, 2010

Puasa?Breastfeed??

tak lama lagi ramadhan dah..sekarang pun sure ramai yang tengah gigih mengganti puasa kan..alhamdulilah tahun lepas dapat puase penuh walaupun pregnant, tahun ni puasa sambil breasfeeding annessa...satu pengalaman baru jugak tu.
persedian nak menghadapi bulan puasa kali ni.. tambah-tambah pulak puasa kali ni bertiga je.. selalu tu ade ibu siapkan sahur, tinggal tolong cedok nasik je :p (bertuah punye anak kan) kali ni insya Allah berpuasa di samping suami dan anak je.. harap-harap mampu la nak bangun sahur ;)

Persedian Fizikal :
Untuk berpuasa dan menyusukan anak, ibu perlukan kesihatan yang optimum. Jangan skipkan makan, pastikan makan makanan yang seimbang dan jika mampu bolehla mendapatkan supplemen untuk memastikan badan mendapat cukup keperluan vitamin diperlukan oleh tubuh. Pengambilan air yg secukupnya juga amat penting untuk mengelakkan dehidrasi.

Persedian Mental :

Mulakan dengan menjaga solat dengan baik. Mulakan zikir yang mudah... seperti Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Banyakkan mengaji antara surah yang digalakkan ialah Al-Waqiah. Solat-solat sunat seperti Dhuha dan Tahajud membantu meningkatkan keimanan kita. Bila iman kita kuat, nescaya semangat untuk menyusukan anak semakin menebal.


Supplemen yang dicadangkan semasa bulan puasa :-
  • ESP- membantu penghasilan susuibu dengan cepat apabila pengambilan air yang mencukupi.
  • Performance Drinks- membantu keseimbangan kandungan gula dalam darah si ibu agar tak mudah pengsan apabila berpuasa sambil menyusukan anak. Selain itu ia membantu agar badan ibu tidak dehydrate sepanjang berpuasa. (boleh diambil pada hari tidak puasa juga)
  • Alfalfa- well known milk booster. Kandungan protein di dalamnya membantu penghasilan susuibu dengan cepat. Option lain bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan ESP.
  • Basic vitamin- Multivitamin, B complex dan Vitamin C.


Pengambilan vitamin-vitamin ini sebelum puasa sangat digalakkan kerana :-

[1] Supplemen yang disyorkan membantu penghasilan susuibu dengan cepat jika ibu-ibu mengepam secara konsisten dan pengambilan air yang mencukupi.

[2] Susuibu akan menjadi lebih pekat. Anak akan kurang menyusu tetapi cepat kenyang, dengan ini ibu-ibu mudah buat stok.



Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.
Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa
Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.
Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.
Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drinks ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa masing-masing.

Semoga bulan Ramadhan kita kali ini akan lebih bermakna dan dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.




No comments:

Post a Comment