Wednesday, March 30, 2011

Buddy Pack & Lover Pack

Bermula 1 April 2011
Promosi untuk Shaklee Buddy Pack & Shaklee Lover Pack


Shaklee Buddy Pack

<2 trial pack set B >
Mutlvitamin 60's

B complex 60's

Vitamin C 60's

Alfalfa 180's Alfalfa 120's

Hanya RM140




Shaklee Lover Pack {intimate}

<2 trial pack set B >
Mutlvitamin 60's
B complex 60's

Vitamin C 60's

Alfalfa 120's
Vitamin E 40's Vitamin E 30's

Hanya RM160



Bukan itu sahaja, pakej termasuk multi purpose container + Free Postage!
Jika anda berminat boleh sms kan kepada saya di 012-376 7589

Monday, March 21, 2011

My Luvly Turtle


dalam byk2 toys kat umah
ni la die yg menjadi feveret si kecik ni
mane taknye, die boleh duduk belakang kura2 tu, smpai 'kemek' dah kura2 tu jadinye
kalau nak distract die pun boleh jadikan kura2 ni sbgai umpan
mama : sayang, mana kura2 kamu?
die pun mule la melilau carik kura2 kesayangan nye tuh


ok testing2


opps nak jatuh pulak


kasi korek mata sikit ;P


sayang sket kura2...


mmuuaahhhhsss


kura2,saye syg awak tau!


tuan punye nak sama beso dah dgn toys
dengan rambut gulung2
melalak pun leh nak angkut jugak kura2 dia tu
hai la anakku sayang..

Sunday, March 20, 2011

Buddy Pack & Lover Pack..Save RM20!!

Istimewa untuk semua...
Promosi terbaru dengan penjimatan berganda RM20 dan tambahan vitamin.
Boleh dikongsikan bersama suami ataupun teman-teman.
Kalau makan seorang boleh la tahan sehingga 2 bulan.
Menarik kan??


Shaklee Buddy Pack

<2 trial pack set B + 60's Alfalfa >
Mutlvitamin 60's

B complex 60's

Vitamin C 60's

Alfalfa 180's

Hanya RM140




Shaklee Lover Pack {intimate}

<2 trial pack set B + 40's Vitamin E>
Mutlvitamin 60's
B complex 60's

Vitamin C 60's

Alfalfa 120's

Vitamin E 40's

Hanya RM160



Bukan itu sahaja, pakej termasuk multi purpose container + Free Postage! Promosi terhad untuk sepanjang bulan March 2011 sahaja
. Jika anda berminat boleh sms kan kepada saya di 012-376 7589

Gathering Geng Kapal 2011

Tarikh : 14 & 15 March 2011
Venue : Permaisuri Resort, Port Dickson

Untuk pertama kalinya Grand Gathering Geng Kapal - Kita Semua Bersama telah pun selamat berlangsung.
Walaupun tak join sepenuhnya aturcara yang telah diatur, tapi kitorang (aku, nita & anak-anak) sempatla jugak join BBQ dinner & mandi pool on the next day..
En Hubby dengan baik hati telah menghantar kitorang ke tempat kejadian walaupun kene study sebab ade paper lagi keesokan hari (tenkiu en hubby ;))
sesampainye kat permaisuri resort ni macam blur, yelah masing-masing tak pernah berjumpa kan...
but end up dengan baik, dapat jumpa kawan-kawan senasib yang sangat sporting..
ada tu yang dah get married for 9 years! memang tabik spring la kat korang...;)
Annessa Humayra pun quite behave malam ni, mungkin sebab dah mengantuk, jadi dah takde power nak berlari 1 hall..




goodie bag & t-shirt


bersama kawan-kawan senasib


kek bentuk kapal yg sangat cute


bersama kak dieha

bersama nita & dua orang gegel


bersama lisa & anak-anak


sesi bergambar beramai-ramai selepas BBQ dinner


****************

The next day pun sampai resort dah lewat..
telematch pun dah selesai..
tapi memang dah niat arini nak bagi Annessa Humayra mandi pool, jadi sampai-sampai tu memang terus masuk pool la..(xde gambar budak kecik ni dalam pool sebab mama tak cukup tangan dan budak kecik ni sangat aktif )
lepas mandi-mandi tu lepak-lepak kejap kat bilik liza & lisa..
lepas tu kitorg lunch, mase ni Annessa Humayra dah pengsan kepenatan dah..




bersama puan pengerusi gathering, liza


tengok apela tu agaknye


jelas kelihatan gigi arnab yg besar itu..


muka tak puas ati sbb kena paksa naik dari pool


padahal bibir dah biru tu...


mata pun mengantuk sudah...


sempat bawa lari bedak mama..



memang boleh kot kalau kite nak berjalan berdua je pas ni kan sayang, sebab kamu agak behave duduk sendiri kat carseat...
kene minta approval papa la plak lepas ni cmane ye..
lagipun auntie nita mesti ok je kalau kita ajak die pegi jalan-jalan kan ;)

Thursday, March 17, 2011

Tahniah ! Senarai pemenang Cabutan Februari 2011


Alhamdulillah, syukur pada ALLAH, kami telah pun mendapat nama pemenang bagi cabutan Bertuah Durian Runtuh 2011 untuk bulan Februari.
Durian Runtuh ini bermula dari 23 FEB- 30 APRIL 2011.

Penganjur iaitu kumpulan kami GBS Trial Pack Shaklee menyediakan hadiah bulanan yang menarik iaitu :

Dua (2) pemenang yang terpilih akan memenangi FullPack set A yang mengandungi sebotol Vitalea @ Multivitamin with iron formula 120's, B complex with folic acid 120's dan Vitamin C 500mg sustained release 180's. Boleh consume up to 4 months seorang.




1) Nur Zahirah Zakaria
013-942-xxxx


2) Rafeah Marhani
016-621-xxxx


Seorang (1) pemenang yang terpilih akan memenangi 1 keping voucer diskaun 60% untuk menginap di Marriot/ Rennaisance Hotel.



1) Hafsah Mustafa
019-684-xxxx



Bagi yang ingin tahu lebih lanjut mengenai cabutan ini: boleh baca
ENTRY CABUTAN BERTUAH DURIAN RUNTUH.

Saturday, March 12, 2011

Annessa Humayra Menyembang...

Lokasi : Putra Specialist Hospital, Melaka

Kitorang pegi melawat nana yg kene warded sebab kene continously kene buat fisioterapi..
sementara si kecik ni memang dah merata satu tingkat hospital die dok tawaf..
masa 'misi' masuk bilik nak check nana...
die pun tekun samala dok menengok 'misi' tu dengan mesin2 nye...
dah siap tu 'misi' tu cuit die dan tanye...

misi : sape name ni?
Annessa Humayra : eee.....da! (in her own language die respons...)
nana : isk tu nama mak dia la..

sume orang dalam bilik tu dah gelak2kan kan die..
tibe2...

Annessa Humayra : Ya....lahh....!!

hoho marah tu orang gelakkan dia..

aku punyela xtau nak rase ape sampai mengalir air mate dok tergelakkan si budak kecik ni...
lepas ni jangan suke jerit2 sgt ye sayang..

Friday, March 11, 2011

Shaklee...Halal Atau Haram...?

Memandangkan ada segelintir pengguna yang agak ragu-ragu dengan isu halal atau tidak gelatin yang digunakan dalam produk Shaklee, saya terpanggil nak kongsikan status HALAL Shaklee agar kita semua boleh terus amalkan Vitamin Shaklee tanpa was-was lagi selepas ini. InsyaAllah!!

Semasa berada di negara yang majoriti nya ialah non-muslim (Jepun), saya sudah terbiasa untuk membelek segala ingredients setiap satu2 makanan, mahupun barangan (some products were made from pig skin). Walaupun dah pernah membeli makanan itu beratus kali, saya masih tetap akan perhatikan bahan2 nya, sebelum masukkan dalam trolley. Tapi, sebab dah terbiasa kan, tidaklah mengambil masa yang lama untuk belek ingredients tue. Mata dah seperti ala2 scan machine. Hehehe. Perkataan yang paling mata saya alert selain b4b1 ialah "gelatine".

Bila menggunakan supplements Shaklee, perkara pertama yang saya periksa pastilah status ke'halal'an nya. Bila dah ada, barulah rasa yakin untuk consume. Namun, sekali lagi hati saya terdetik, apabila terlihat yang kapsul CarotoMax (Vit-A), Vitamin E, Lecithin & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Hampir luruh juga jantung apabila ternampak perkataan "Bovine" di situ, kerana selama ini saya sangkakan ianya kapsul tumbuh-tumbuhan.

Lantas, saya terus hubungi my upline untuk kepastian. Alhamdulillah, dia yakinkan saya yang gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapanya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Syukur!

Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke'HALAL'an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee...


Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM...

Lega tak? Hehehe. Yang pasti, saya sangat lega. Mudah lah untuk saya yakin kan pengguna Shaklee selepas ini. Kalau tidak, masakan Shaklee ada menganjurkan Pakej Umrah bersama Shaklee. Syukran! Syukran!

BTW, untuk rakan2 yang berada di negara selain Malaysia, sila rujuk pada Shaklee Distributor anda ya. Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Pernah juga saya buka Shaklee Japan, tapi, produk yang tersenarai juga agak berbeza dengan di Malaysia. Maka, saya tidak pasti, status halal gelatin mereka.

Yang pasti, untuk pengguna Malaysia, segala produk telah dihasilkan di US, dan di bawa masuk ke Malaysia, dan produk ini telah diktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA).

**Source : Momma Mia

Tuesday, March 8, 2011

My Sleeping Angel Contest

saya nak join contest yang dianjurkan oleh Hidayati

1.Tempat pertama akan memenangi sebuah bakul lipat serbaguna yang amat kiut.


2. Tempat kedua & ketiga akan menenangi sebuah kerusi lipat untuk kanak2 yang amat comel.


3. Ader 3 hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta yang bertuah, berupa sticker dinding pelbagai corak yang amat cantik dan sesuai untuk hiasan dinding bilik tidur, ruang tamu atau bilik tidur sendiri.


Inilah syarat2 penyertaan:-
1. Terbuka kepada semua blogger yang berada di Malaysia.

2. WAJIB follow blog aku dan blog sekutu contest ini. Juga men'LIKE' Rombengan cikLuna (update: sila sertakan id Fb d entry).

3. Sila buat satu n3 yang bertajuk "My Sleeping Angel Contest" dan letak banner contest kat n3 dan di side bar blog korang serta link kan terus ke n3 ini. Jangan lupa copy paste sekali hadiah2 nya pada n3 anda itu.

4. Upload 1 gambar kanak2 yang sedang tidur.., tak kiralah anak sendiri ke, adik, sepupu, anak jiran atau anak kawan pun boleh..., tapi kalau bukan anak sendiri pastikan anda mendapat kebenaran ibubapa kanak2 tersebut. Lagi kreatif cara dia tido lagi best. (sekiranya 2 atau lebih org anak, gunakan satu entry sj, 1 anak-1 gambar)



mama : Norlida
baby : Annesa Humayra, 14 months

5. Tarikh tutup: 14 Mac 2011 dan keputusan akan diketahui 7 hari selepas contest ditutup.

6. Tag 5 orang kengkawan anda dan pastikan mereka tahu.
1- nick@nadia
2- xy_han
3- ladyfisz
4- dieha
5- finyz

7. Sila tinggalkan link peyertaan anda di ruangan komen.

Woman's Day 2011


8 Mac 2011
Hari Wanita Sedunia

Selamat Menyambut Hari Wanita !!!

Monday, March 7, 2011

~~My comel Tido COntest~~


jom sertai
tarikh tutup 13 Mac




mama : Norlida
baby : Annessa Humayra 14 bulan

Sunday, March 6, 2011

Sabtu yang Pack!

minggu ni hubby suddenly ajak balik 'bandar'
yeay annessa humayra boleh jumpe atok dengan uwan yer ;)
balik kali ni konon nak seprais dorang la..
sampai-sampai umah atok & uwan terkesima tengok annessa humayra ketuk pintu :D

pagi sabtu macam biasala kalau balik mesti pergi breakfast dulu..
jadi pagi ni pergi breakfast kat kedai treeunder kat TC tu..
kat sini roti canai memang bestlah!
pastu nasi lemak pun sedap..


*****

tengahari dah janji dengan puan Siti Afizah nak pergi wedding Mimi sama-sama
tunggu puan Siti Afizah settlekan appoinment dengan doctor, baru la konvoi ke rumah pengantin..
menarik tema wedding puan mimi ni, english theme..
siap ade board yang tetamu boleh sign sebagai tanda kehadiran mereka..


bersama pengantin baru & bakal mummy & daddy baru


muka budak kecik yang dah boring sebab kene suruh duduk diam-diam atas kerusi


*****

lepas balik wedding singgah rumah kejap hantar barang
lepas tu pusing-pusing ECM, tak larat nak meround lama-lama dengan budak ni..
sudahnya balik tukar plan...kita pergi TC pulak
asalnya cuma nak ajak jalan-jalan sambil main basikal je..

ready untuk berbasikal :P


sekali dah kasi can turun ke laut..
si kecik ni boleh terlebih berani pulak mengejar ombak..
sudahnya dia yang jatuh terduduk kat gigi laut tu..
yeay annessa humayra dah basah..

masa ni dah jatuh terduduk dah..tengokla tu x reti takut langsung

dengan towel tak bawak..nasib baikla ada baju pakai pergi kenduri tadi & rumah pun sejengkal jek dengan TC tu..huhu

terpaksa balik rumah berkemban - x rela i..haha

*****

balik rumah mandi-mandi lepas tu keluar semula pergi dinner kat Selera Timur
dah alang-alang kat bandar tu, singgah PC fair kat Zenith Hotel..
cik Farhana jangan jelez yer kami check in dulu kat hotel ni..hahaha
masa ni annessa humayra dah pengsan kepenatan mandi laut tadi..
dalam bunyi bising speaker dengan orang sesak kat PC fair tu pun dia dah x sedarkan diri dah..


*****

dah keluar dari PC fair tu singgah supper pulak kat Oldtown Kopitiam..
bestnya dapat melepaskan kempunan kat ice chocolate kat sini
mekasih kat adik yang belanja tadi yer ;)

sampai rumah dah pukul 11lebih..
memang masa dimanfaatkan sepenuhnya hari ni..
esok dah nak balik 'kampung' semula..
tak tau bila lagi pulak nak balik 'bandar'

Wednesday, March 2, 2011

Set Berpantang Yang Selamat dan Murah....

Apa kelebihan Set Berpantang (Set C) ?
  • saya tak nak bandingkan dengan set bersalin yang lain sebab penerimaan tubuh antara individu tidak sama. cuma, saya nak nyatakan di sini ialah, set berpantang ini selamat diamalkan sebab ia terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang tidak bersifat 'panas'. yelah.. makan vitamin kan? apa yang 'panas'nya? jadi kalau bayi kena jaundice pun, masih boleh teruskan pengambilan suplemen dalam SET C ni.
  • satu lagi, harganya sangat murah, cuma RM100 untuk 4 jenis suplemen, kegunaan 40 hari. cara makan pun senang, sebiji sehari untuk setiap jenis, kecuali alfalfa dan ESP (if korang ambil).
  • lagi satu, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. eloklah ambil SET C ni. korang boleh sambung makan sampai bila-bila. badan pun rasa sihat, makin cantik dan anak pun sama dapat khasiatnya.



Apa kandungan Set Berpantang (Set C)?

  • 40 tabs of Vita-Lea - bersama Iron formula yang sgt penting utk tubuh selepas bersalin
  • 40 tabs of B Complex - elak kemurungan, anti-stress, stabilkan hormon
  • 40 tabs of Vita-C - membantu memperbaiki tisu sel, mempercepatkan penyembuhan luka
  • 40 tabs of Zinc - membantu luka (terutama luka dalaman) cepat sembuh
selain daripada itu, kawan-kawan boleh add-on Alfalfa / ESP sebagai milk booster. alfalfa ni juga bagus untuk buang angin dan membantu kita untuk mudah lawas. yelah.. baru-baru bersalin mesti trauma gak nak buang air kan? (^_^)



Macam mana nak makan ?

cuma makan sebiji sehari untuk setiap jenis
. ambillah selepas makan. kawan-kawan boleh bahagikan suplemen ni kepada 2 atau 3 session. tujuannya supaya mendapat kadar penyerapan lebih maksimum. lagi-lagi kalau kawan-kawan ada mengambil alfalfa. bukan apa, ada orang memang kurang minum air. makan suplemen ke jamu ke perlukan bekalan air yang banyak kepada tubuh. tapi saya lebih suka makan sekaligus dan pastikan pengambilan air sekurang-kurangnya 2 liter..Sifu suruh minum 3 liter, tapi masih berusaha ke arah itu;)

SET C ni juga tak semestinya kawan-kawan start makan sebaik melahirkan, kalau kawan-kawan order awal, boleh mula makan Vita-Lea sebiji selang sehari sebelum bersalin sebagai persiapan untuk badan kita. begitu juga dengan B Complex dan Vita-C. Zinc dan Alfalfa boleh mula makan lepas bersalin.

tapi, sebagai ingatan, masa tiga hari pertama tu, jarang orang yang kolostrum nya banyak tau. saya tak nafikan saya pernah tengok orang yang susu terus banyak (kolostrum), tapi kebanyakan orang, hari ke-4 tu baru mula bengkak susu. so, jangan panik. baby pun besar mana je perutnya kan? ;-)

... Credit to Hadha
***
Ini cerita Arissa Zoela, from Miri, pulak..

Masa dalam pantang saya mmg ada ambil jamu...Tapi jujur saya cakap, tak kesemua set jamu tu saya pakai pemalas punye worang. Lebih2 lagi saya ni bersalin czer, so segala lulur,cream barut tu mmg lambat la pakai..Untuk pil jamu tu pulak sampai la ni tak abis mkn...hahaha....Bukan apa,masa saya mkn pil tu dulu, Arissa asyik kembung perut..So terus saya stopkan makan...Mmg tak brapa berbaloi lah dengan harga yang agak mahal kira RM300++ beli set jamu tu tapi saya asyik ngelat jer..Hmmm..Rugi..sampai skarang minyak,cream,lulur tu masih ada atas meja solek saya sampaikan en Hubby slalu usik.."Tu nape tak pakai minyak tu...mahal beli" Kehkhekhekhekhee..

Sekarang baru saya perasan, masa saya keluar dari hospital doc bekalkan saya dengan Vitamin C..Untuk cepat baik luka katanya...Dan dalam Set Berpantang Shaklee mmg ada Vitamin C!! So kawan-kawan jangan lah risau kalau ambik set berpantang ni...Alangkah baik nya kalau saya tahu mengenai Set Berpantang Shaklee awal-awal dulu...


Vita-Lea - bersama Iron formula yang sgt penting utk tubuh selepas bersalin...
Lepas bersalin muka saya pucat betul..Tapi mmg semua wanita lepas bersalin mcm tu kan...Saya dulu dekat nak seminggu masih pucat..Huhuh..Kepala asyik mabuk kepayang...Huhu..Alangkah baiknya kalau saya ambil Vita-Lea...

B Complex - elak kemurungan, anti-stress, stabilkan hormon
saya dulu agak stress okay...asyik nangis2 je..dahla Arissa asyik nangis2 non stop...Mmg stress gila-gilalah...Alangkah baiknya kalau saya ambil B Complex..


40 tabs of Vita-C-membantu memperbaiki tisu sel, mempercepatkan penyembuhan luka
Luka saya cepat baik jugak...Mungkin sebab saya mkn hari-hari vitamin C yg doctor bagi...

40 tabs of Zinc - membantu luka (terutama luka dalaman) cepat sembuh
Saya dulu hari-hari mak saya masakkan ikan haruan..naik muak nak mkn...huhuhu....

Mengapa orang Melayu suka makan ikan haruan selepas bersalin?
Kerana ikan haruan mengandungi zinc, namun pengambilan yang mencukupi dapat diukur dengan tepat melalui pengambilan tablet zinc)
. Alangkah baiknya saya kalau saya ambil Zinc jadi taklah saya sampai nak termuntah-muntah makan ikan haruan hari-hari..

**lagi satu kebaikan zinc ni, rambut dah tak gugur macam masa sebelum bersalin...asal mandi je pasti segumpal rambut dlm bilik air tu..


Jadi kawan-kawan, tepuk dada tanya selera..Saya tak cakap jamu-jamu tu tak bgus...Ini berdasarkan pengalaman saya je..Insyaallah kalau ada rezeki anak no 2 mmg saya go for Set Berpantang Shaklee jer..Harga pun tak mahal... :)


**Source : Momma Mia