Monday, July 18, 2011

Bila terlambat bangun sahur, apa yang membantu?


Bulan Ramadhan bakal tiba, pasti ramai yang tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa. Suasana Ramadhan dirindui setiap tahun. Puasa itu sendiri melatih jiwa menjadi sabar, membantu membersihkan perut serta melatih kita bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH beri kepada kita.
Sudah pasti kehadiran Ramadhan ini , persediaan awalnya kita menyediakan kurma di rumah untuk berbuka dan bersahur. Apakah kebaikan kurma?

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak
langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.



Rahsia keluarga N berpuasa dengan ESP & Performance Drink

Selain kurma, kami memastikan rumah kami lengkap dengan beberapa supplement terutamanya Energizing Soy Protien (ESP) dan Performance Drink. Sudah menjadi amalan kami sekeluarga , sebelum tidur saya akan membancuhkan satu tumbler ESP bersama Performance Drink untuk di minum seisi keluarga. Ini untuk mengelakkan anak-anak mengalami hidrasi dan bagus untuk kelembapan kulit. Selama bertahun juga kami menjadikan amalan, menyediakan segelas ESP dan Performance Drink bersama kurma sebagai pelengkap sahur dan berbuka.

Apa sebenarnya rasa ESP dan Performance bila dicampurkan?Rasa seperti air lasi ( ala-ala vitagen) dan Addin & Nasa menggelarkan air ini ialah air aiskrim.Boleh juga diamalkan bersama kurma diblend dan dicampurkan sekali dan ia menjadi rasa yang sangat lemak.

Benarkan kenyang dan bertenaga ? Alhamdulillah memang rasa perbezaan yang ketara bila kami terlepas langsung waktu sahur yang mana bangun sahaja sudah azan subuh :( sudah pasti tidak sempat untuk bersahur.Jika bangun di saat akhir waktu imsak, kami hanya amalkan makan kurma 5-7 biji beserta segelas campuran ESP dan Performance.

Ia juga sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anaknya.

No comments:

Post a Comment