Friday, December 9, 2011

Supplemen , Shaklee & Penyusuan Susuibu


Konsep asas penyusuan ialah

" Lebih kerap payudara dikosongkan maka lebih banyak susu yang dihasilkan"

dengan syarat
1.si ibu sihat dan menjaga pemakanannya
2.i ibu memastikan pengambilan air secukupnya demi menggantikan cecair yang keluar untuk menghasilkan susuibu.
3.Si ibu tenang , emosinya stabil dan BEBAS dari sebarang tekanan dalaman atau luaran [ keluarga atau pejabat]
4.Elakkan berdiet kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori.

Kita juga perlu tahu komposisi nutrien utama dalam susuibu ialah protein, diikuti kalsium dan vitamin serta zat galian lain. Maka si ibu disarankan memastikan pengambilan protein serta kalsium yang mencukupi disamping vitamin dan galian lain demi membantu penghasilan susuibu dengan lebih lancar. Keperluan protein dan kalsium yang mencukupi memang benar-benar membantu melancarkan penghasilan susuibu. Lagi banyak yang diperah maka lebih banyak yang akan dihasilkan terutama apabila penghasilan susuibu sangat lancar.

Tidak dinafikan pengambilan supplement tertentu akan menyebabkan si ibu merasa payudara cepat penuh dan ada juga yang melalui bengkak susu seperti dalam pantang walau anak sudah melebihi 6 bulan menyusu. Namun tetap kena berpegang prinsip asas penyusuan.


Bagi anda yang ada kekangan menyediakan makanan mengikut pyramid makanan, boleh cuba mengambil makanan tambahan demi menjayakan penyusuan namun perlu diingat, konsep asas penyusuan perlu diutamakan. Sekali lagi saya ingatkan VITAMIN TIDAK BANYAKKAN SUSU.

Apa Fungsi Vitamin bagi Ibu Menyusu?

Vitamin hanya membantu ibu kekal sihat, bertenaga, aktif, mood yang sihat, bebas dari sebarang tekanan. Vitamin ini secara langsung memperkayakan nutrisi yang terdapat dalam susuibu. Bila ibu sihat dan bebas dari tekanan maka secara langsung membantu menjayakan penyusuan.


Credit


Mahu mendapatkan vitamin Shaklee? Sila emel ke norlida.mohdkamaruzaman@yahoo.com @ hubungi saya 012-376 7589.

No comments:

Post a Comment