To all bf moms..
Situasi ini biasa berlaku :
Apabila seorang doktor menyarankan si ibu memberi anaknya minum susu formula setelah melihat berat anak yang tidak mengikut graf pembesaran seorang anak, si ibu pasti mudah marah. Namun rata-rata akan memberi kenyataan defensive " Ah, tak pe asalkan anak aku aktif".
Apa yang doktor concern bukannya hanya pada berat semata-mata. Pembesaran anak bukan sekadar pada tubuh badannya tetapi termasuk pada perkembangan otak si anak.
Apa yg doc tu cakap adalah perkara yang sama saya pernah dpt dr seorng paedatrik. Saya tanya kenapa dia buat statement mcm tu, then Paed tu bg tahu biasanya susuibu selepas bayi berumur lebih enam bulan, kandungan zat besi dlm susuibu makin berkurang ditambah apabila si ibu TIDAK menjaga pemakanan spt yg disarankan dlm piramid makanan. Bila kita lihat , rata2 susu formula dalam pasaran menekankan kandungan zat besi, carotene sbb ini penting untuk pertumbuhan kanak2. Oleh kerana itulah ibu yg nak menjayakan penyusuan susuibu lengkap sehingga dua tahun disarankan menjaga dan nenitikberatkan pemakanan kerana ia mempengaruhi nutrisi dalam susuibu itu sendiri. Pengambilan supplement adalah salah satu langkah demi memastikan si ibu dapat mengurangkan jurang permasalahan nutrisi dalam susuibu.
Credit :
Anakku Wiraku
wow great post thanks.
ReplyDelete