Friday, March 21, 2014

Shaklee Kuantan : Mengapa saya buat bisnes Shaklee??

Rasa terpanggil nak buat entri ni , lepas mendengar Tanyalah Ustazah : Wanita Afdhalnya di Rumah hari ni..Antara kata ustazah tu, wanita jika diberi izin suami bekerja, hendaklah mengikut syariat yang ditetapkan Allah, tapi jika suami menyuruh isteri tinggal dirumah (tidak bekerja) itu adalah lebih baik. 

Pengalaman saya sendiri, penah bekerja dan telah pun berhenti kerja atas kerelaan sendiri sebab mengikut suami. Memang masa berkerja seronok sebab ada duit sendiri untuk beli apa yang kita nak tanpa perlu bersoal jawab dengan suami ( tapi saya tetap beritahu suami dulu apa yang saya nak beli walaupun pakai duit sendiri). Tapi bila tak bekerja saya takde pendapatan sendiri, nak beli apa-apa segan pula nak minta dengan suami..Masa tu saya dah mula buat bisnes Shaklee, tapi belum secara serius lagi..income pun masa tu puluh-puluh je.

bila balik semula ke kuantan, masa tu dah ada anak seorang, saya bekerja semula secara sambilan..waktu ini saya dah mula buat bisnes Shaklee secara serius, niat saya nak dapatkan pasaran je..kontrak saya bersambung juga dua kali sebelum saya ambil keputusan untuk berhenti kerja sekali lagi. kali ni memang saya nak fokus pada Shaklee sambil menjaga anak sendiri. 

Alhamdulillah dalam masa setahun ni income pun semakin stabil, kalau nak di bandingkan gaji masa bekerja dulu, dengan income yang saya dapat sekarang, ternyata income saya sekarang mengatasi gaji saya dahulu walaupun hakikatnya saya memang nak dapat lebih lagi, supaya saya boleh bantu suami saya kukuhkan ekonomi keluarga saya sendiri, saya nak bagi ibu ayah saya pencen tanpa perlu risaukan adik bongu yang masih belajar. Saya nak bawak anak-anak melancong tanpa perlu risaukan tentang duit.. 

Dalam program Tanyalah Ustazah tadi, ustazah tu ada menyebut, isteri jangan terlalu bergantung kepada suami bila dah jadi surirumah tu, segala hal nak buat semua kene ada suami.. nauzubillah kita tak minta perkara yang tak elok jadi kepada suami kita, tapi setidak-tidaknya kita bersedia dengan segala kemungkinan. Jangan nanti dah terjadi, isteri baru nak belajar memandu, baru nak belajar buat nasi lemak untuk dijual.. semata-mata nak bagi anak-anak kita makan dan pakai.

Syukur Alhamdulillah saya dipertemukan dengan Shaklee, dengan 'bonda N' yang menunjuk jalan kepada saya. namun saya sendiri yang perlu mengharungi jalan ini. Surirumah di luar sana, sediakanlah payung sebelum hujan.  Jika anda nak mulakan bisnes Shaklee seperti saya, anda boleh, asalkan anda sanggup keluar dari zon selesa anda. Saya boleh membantu , tetapi anda sendiri yang menentukan jalan yang ingin anda pilih.


 "Ya Allah, aku mohon kau bukakan lah jalan bagi aku untuk berjalan dalam Shaklee sehingga mencapai tahap yang tertinggi supaya aku dapat bantu orang-orang di sekeliling aku Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit turunkanlah, jika masih di dalam bumi keluarkanla, jika sulit untuk sampai kepadaku permudahkanlah dan pindahkanlah ke tempat di mana aku berada, Ya Allah kau perkenankanlah doaku Ya Allah"


"Ya Allah, aku mohon Kau lindungilah suamiku walau dimana dia berada, Kau selamatkanlah perjalanannya pergi dan pulang, Kau permudahkan urusan kerjanya, Kau berikanlah suamiku kesihatan yang baik."



********************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE ?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

1 comment:

  1. Salam. Nice blog. Saya pun dah mula nak berShaklee. Kalau sudi singgah my blog Hikmah menjadi seorang SAHM

    ReplyDelete