Saturday, August 16, 2014

Shaklee Effect : Ostematrix Shaklee

Dari kecil lagi kita sudah di beritahu akan kepentingan kalsium untuk tubuh badan kita. Kalsium penting untung pertumbuhan tulang dan gigi dan kuat. Kita perlu minum susu untuk keperluan kalsium harian kita. Itu yang saya pelajari masa kecil-kecil dahulu. 

Setelah berkenalan dengan Shaklee, saya jatuh cinta dengan Ostematrix. bagi yang masih tidak tahu apakah ostematrix, ostematrix merupakan kalsium yang lengkap dengan magnesium, vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zinc.Setiap elemen dalam sebiji tablet ostematrix saling melengkapi. Kalsium biasa umpama rumah batu yang terdiri daripada batu-bata yang tidak diikat dengan dengan simen, tetapi Ostematrix merupakan rumah batu yang kukuh kerana diikat dengan simen.




Kenapa saya sangat sukakan Ostematrix

MUDAH
Ostematrix mudah untuk diambil, hanya 4 tablet sehari sebelum tidur,tidak perlu dituang jika anda mengambil susu kotak atau tidak perlu di bancuh jika anda mengambil susu tepung.

TIDUR LEBIH LENA
Kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.

MENGELAKKAN KEKEJANGAN
Sewaktu kehamilan pertama, saya belum kenal Shaklee, maka tak kenal Ostematrix, memang boleh dikatakan saya sering mengalami kekejangan dan suami sering dikejutkan tengah-tengah malam kerana saya kejang. Tetapi untuk kehamilan kedua, saya memastikan saya ambil Ostematrix setiap malam dan Alhamdulillah, hanya sekali dua sahaja saya mengalami kekejangan.

MUDAH LAWAS
Satu lagi perbezaan ketara apabila mengambil Ostematrix, saya lebih mudah lawas, perbandingan ketara selepas bersalin antara anak sulung dan anak kedua. Untuk kesan yang lebih hebat, ambil bersama lecithin ataupun phytocol-ST, memang terbaik!


UNTUK TULANG DAN GIGI YANG KUAT DAN SIHAT
Apabila umur semakin meningkat, kepadatan tulang semakin menurun, jadi saya memerlukan kalsium lengkap untuk memastikan tulang dan gigi saya kekal kuat dan sihat.





#shakleeeffectoog bersama www.anakkuwiraku.com



Dapatkan Ostematrix anda hari ini dengan hanya RM60 untuk 120biji. Hubungi saya hari ini.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

1 comment:

  1. assalamualaikum tuan tanah,
    tahniah anda ada blog yang banyak info.
    jemput jalan2 dan tingalkan komen di blog yatiadam

    www.yatiadam.com

    ReplyDelete