Tuesday, January 7, 2014

Hari pertama ke sekolah!





semalam merupakan hari pertama Annessa Humayra ke sekolah. Seawal pukul 730 dah kene kejut untuk mandi, part ni mmg super thrill la sbb kakak dan air/bilik air mmg x sinonim. Dia mmg susah sangat nak di ajak mandi, tapi bile dah berendam tu, susah pulak nak keluar dari bilik airnye..

dah siap2 mandi lepas berperang ngan papa, pukul 820 keluar dari rumah, sekolah nye sejengkal je pun, kat hujung lorong umah ni je , tp rasanaya kalo jalan kaki cam jauh jugak, papa ade ni boleh la anta dengan kereta, sbb lepas tu leh dating breakfast sekejap ngan papa sebelum papa start keje semula next week. lepas2 ni mungkin jalan kaki atau kakak kayuh basikal la pergi sekolah ye..

sampai2 sekolah tu, mmg dah ramai yang datang, mungkin kami antara yang terakhir jugak la yang sampai, terjumpa plak dengan rakan alam maya yang sama2 bershaklee, yang anta anaknye ke sekolah yang sama jugak, Puan Mawardah, selamat berkenalan ye ;) mula2 kakak mmg x nak masuk, tapi mama kata mama teman masuk sama, kakak pun ok je la nak masuk, bila tengok banyak mainan tu, mmg mama x payah tunggu lama la , tgk kakak pun seronok je main kan..

tengahari jam 1230 mama dah sampai untuk bawak kakak balik, rupanya kakak siap mandi kat sekolah, bila mama tanya kakak makan ape kat sekolah, makan mee jawabnya, tp masuk2 kereta, abis bekal yang mama masak pagi tadi die makan, mcm lapar je kat sekolah ye sayang.

hopefully esok mood kakak akan terus baik untuk bersekolah, sbb bila mama tanya cikgu, annessa ok ke? terus cikgunya tanya annessa dpn mama, annessa ok x..kakak jawab ok je..xtau la sbb takutkan cikgu atau betul2 happy pergi sekolah kan..

##sekejap je kakak dah 5 tahun, tapi kakak always be my baby##


****************************************************** 

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida 
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
 Emel : phat_nemo@yahoo.com 
 Shaklee ID : 830463 
 COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan. 


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

No comments:

Post a Comment