Tuesday, April 15, 2014

Shaklee Kuantan : Surirumah?? tapi gaji 4 angka!!

Mula-mula saya ambil keputusan berhenti kerja dulu, memang dalam kepala fikir sebab nk berada dekat dengan suami dan boleh jaga anak sendiri, Kebetulan masa tu suami dapat tawaran sambung belajar setahun, jadi setahun la dapat tengok muka suami hari-hari ^__^. 

Masa tu tak fikir lagi yang Shaklee boleh bagi duit poket walaupun saya tak bekerja, sampailah dah balik semula ke Kuantan, suami pun dah mula belayar semula pun masih tak sedar diri lagi jugak. Betapa banyaknya masa saya dah buang kan.

Tapi sejak setahun lepas, setelah bertukun lamanya tak bergerak ( tak naik-naik rank) saya bangkit dengan semangat baru tahun ni. Alhamdulillah cycle baru 2014/2015 menampakkan perubahan yang mendadak. Sampaikan semalam (hari gaji Shaklee) saya bagi ibu sikit duit belanja dan seperti biasa ibu akan menolak , saya cakap " ibu ambillah, bulan ni saya dapat lebih dari sebelum ni'. Boleh nampak riak wajah ibu berubah, tapi saya rasa gembira dapat beri walaupun sedikit duit belanja untuk Ibu. In Sha Allah Allah murahkan rezeki saya supaya boleh  beri lebih lagi untuk ibu selepas ini.

Hakikatnya masa saya berhenti kerja dahulu, suami memang tiada masalah kalau saya tak bekerja, tetapi ibu dan ayah berasa sedikit kecewa, sebab dah hantar anak belajar tinggi-tinggi, tapi saya pilih untuk jadi surirumah. Saya tak pernah kesal dengan pilihan saya, dan rasa bersyukur sangat ditemukan dengan Puan Norita Idris, dia yang memperkenalkan saya dengan dunia Shaklee. Sekarang ni impian saya nakkan 'financial freedom' dan bantu lebih ramai surirumah atau wanita yang berkerja yang ingin menjadi surirumah yang berpendapatan 4, 5 angka  atau pun lebih lagi,

YANG PENTING KITA PERLU JELAS DENGAN APA YANG KITA INGINKAN.

Kepada anak-anak buah saya yang masih tidur, masih selesa dengan keadaan anda sekarang, bangkitlah, terutama bagi yang memamg tak bekerja yang hanya mengharapkan suami, fikirlah, renunglah, adakah suami kita mampu terus bagi kita duit seandainya berlaku apa-apa yang tak kita ingini Nauzubillah, minta Allah jauhkan kita semua dari perkara sedemikian, tapi setidak-tidaknya kita bersedia. Lihatlah anak-anak yang sedang membesar yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk anda tidak berusaha untuk bangkit tapi jadikan mereka sebagai 'push factor' anda!!


Bagi anda yang belum menyertai kami, dan ingin menyertai kami, jangan tunggu-tunggu lagi, tapi bertindaklah! Sesungguhnya masa tidak penah menunggu kita, tapi kitalah yang harus mengejar masa.  



                  




*****************************************************************

Berminat mendapatkan produk SHAKLEE?

Sila hubungi : Norlida
SMS/WhatsApp : 012-3767589 
Emel : phat_nemo@yahoo.com
Shaklee ID : 830463
COD / Self-pickup untuk anda yang berada sekitar bandar Kuantan.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

No comments:

Post a Comment